|
you make my day (:
August 17, 2010 15:59
![]() Sampai je kat rumah lepas kerja tu, saya macam tertanya2 “eyh, CCM XXXX ni macam kereta K.Ruby je” masuk je rumah, “hah!” konon2 saya akan terkejut lah dengan sergahan tu. Tak de maknanya. Teehee^_*. Terus “K.Rubyyyyyy” berlakulah peluk-pelukan disitu. Lama siot tak jumpa. Ada lah dalam 2 minggu. Teehee^_*. “kak, kenapa akak balik pulak? Tadi akak call kat office tak cakap pun” “biasa lah, surprise!” “hahaha, cirit lah hai” “hahah, tak de lah, akak ada kursus. Ad hoc” Tahu tak saya sangat seronok + excited + gembira tak terkata. Heeee, senyum sampai ke telinga. “Dik, kau dah ada boyfriend ea?” “siapa cakap?” lalu mulut pun dimuncungkan sepanjang yang mungkin ke arah ibunda tercinta. (sila baca dalam keadaan mulut bermuncung okay) “mana ada lah kak” “menipu! Habis tu yang tiap2 minggu keluar tu dengan siapa pula? Takkan insan bernama Capeng itu perempuan?” teehee^^ . “Mana ada lah kak, tu kawan saya” “eleyh, ye lah tu, takkan lekat dengan orang Melaka kot” Lalu gelak sekuat hati pun berkumandang. *sesungguhnya kami sangat boikot orang Melaka menjadi boyfriend kami suatu masa dahulu. Teehee@_@ “ish, tidaknya. Bukan orang Melaka okay. Study je dekat Melaka. Tapi bukan boyfriend saya ea” *tahu tak saya sangat malu ketika itu. “Dik, akak ada beli story book baru, malam ni kita bed time story ea” Yeay! Itu sahaja perkataan yang berkumandang. Seronoknya. Dah lama tak ada bed time story. (: tapi kami tak sempat nak bed time story, sebab kedua2nya keletihan. Tidur pun awal lah kan. Waktu berbuka, seperti biasa perebutan akan berlaku. Sesungguhnya sangatlah rindu keadaan itu. Dan selera saya ketika itu sangatlah terbuka. Lalu, banyaklah saya makan. Teehee^^. Yelah, bila ada Sang Gemok tu, mestilah lain macam sikit selera tu. ^^ Tahu tak saya sangat suka bila K.Ruby balik bukan sahaja kerana dapat jumpa dia, malah saya tak payah nak susah2 basuh pinggan, kemas meja dan sebagainya. Ini adalah kerana, bibiknya telah buat semua itu. Eyh, baju kerja saya untuk 1minggu juga telah siap di iron. Terima kasih K.Asiah. Silalah duduk di sini lama2 ye. Teehee^^ Bila bangun sahur je makan automatic jadi banyak. Lepas makan lepak2, borak2. Malasnya nak pergi kerja…. Masa tengah siap nak pergi kerja, K.Ruby solat. Saya pun pakai lah tudung seperti biasa. Tiba-tiba…. Kriiiukk krriiuukk. Ambik kau! Berbunyi perut. Tergelak2 kitorang. Hahaha. (eyh, yang berbunyi itu adalah perut Sang Gemok itu ye) Tahu tak K.Ruby kursus di Muar, jadi saya ikut dia pergi ke sana. Menyibuk kan. Eyh, suka hati lah. Boss saya bagi lah. Lepas tu baru saya masuk office. Teehee^^. Memang lah, jaim tu Ayah saya punya. (: Till then bye. Pssst : you make my day. |