omongan
November 13, 2012 14:25
Setiap yang terjadi ada sebab dan akibat. Apa saja benda malang yang terjadi adalah akibat tindakan kau sendiri, bukan akibat balasan atas apa yang kau pernah buat dulu. Konsep balasan atas kekejaman ini cuma momok-momokan orang alim, supaya kita jadi takot. Karma adalah sesuatu yang sekular, bukan benda yang kau boleh kaitkan dengan agama. Karma itu berkait dengan moral dan moral adalah ciptaan manusia. Kalau memang ada karma, takkan ada orang yang kata dunia ini tidak adil. Pemberontakkan berlaku kerana manusia merasa wujud ketidakadilan, samada dalam sistem kehidupan ataupun masyarakat.
|