Mimosa Pudica
tudung tu berlobang!
October 1, 2012 08:57
Aku ingat lagi masa tanggal 4 Januari 2008 hari pertama aku akan daftarkan diri sebagai seorang pelajar berasrama di sekolah menengah tingkatan satu.  Perasaan aku masa tu tak payah cakap, aku paling excited.  Bukan apa, selama ni aku tengok akak abang aku asyik call kat rumah, mak aku pulak bila diorang balik mesti masakkan sedap sedap.  Dan aku nakkan aku melambai tangan dekat makbapak aku.  Tu je sebenarnya tujuan aku nak duduk asrama.  

Sebelum nak berangkat ke asrama, makbapak aku pergi rumah orang kawin dulu sementara aku, abang dan akak aku siapkan diri.  Pesan ayah aku bila dia balik je nanti semua dah siap.  Jadi aku siap dah duduk depan rumah menggambarkan keterujaan aku ketika itu.  Sampai je makbapak aku kat rumah, mak aku terus suruh aku ironkan dua helai tudungnya untuk dipakai.

Aku dengan  teruja yang tidak terkira terus iron tudung itu dengan semangatnya tanpa disedari aku telah memaksimumkan haba di iron itu.  Dan seperti yang dijangka satu daripada dua tudung itu telah dijilat si iron itu dan menyebabkan berlubang.  Dalam hati aku dah berdegup kencang, “dahlah ni tudung mahal tu yang mak aku sangat sayang dan susah untuk dipercayai orang lain untuk mengironkannya” Tetapi aku rasa Allah masih selamatkan aku pada waktu ketika itu, lubangnya hanya di bahagian belakang yang masih boleh discover bila disegitigakan.

Jadi aku mengambil keputusan untuk menyuruh mak aku memakai satu lagi tudung yang aku ironkan tu.  Alasan aku tudung tu lagi sesuai dengan baju yang mak aku pakai.  Jadi mak aku mempercayai kata-kataku lalu memakainya tanpa rasa ragu.  Fuhhhh Alhamdulillah.

Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.  Memang apa yang aku sorokkan selama ni terbongkar akhirnya.  Mak aku dapat tahu dan sampai sekarang 1 Oktober 2012 dia masih memerliku dengan menyatakan aku sengaja mahu sabotaj dia dan apa yang aku marah sangat dekat dia.

Tapi aku tak pernah nak bangkang mahupun bantah.  Aku diamkan je.  Aku fikir mungkin kalau aku berkata benar bahawa aku terlebih excited, dia tak akan percaya.  Jadi jalan yang paling terbaik aku rasa lebih baik aku berdiam diri sampai sekarang walaupun sakit telinga bila dia sentiasa perkatakan kepada saudara mara keluarga tentang hal ini.

Apa yang pasti biarlah benda ini begini sahaja sampai bila-bila…  




OLDERNEWER