Mimosa Pudica
cita-cita
September 29, 2012 09:04
Hari tu aku diminta untuk berdiri di hadapan dan memperkenalkan diri di khalayak rakan-rakan.  Benda tu bukan benda asing bagi aku dan juga yang lain.  Itu adalah perkara normal bagi setiap pelajar malah juga pekerja.  Tapi kali ini punya pengenalan diri tahap keyakinan dan keberanian yang telah lama dipupuk jatuh menjunam.  Mungkin jugak salah satu faktor utamanya kerana karakter pensyarah itu sendiri.

Dalam memperkenalkan diri seperti biasa aku diminta untuk memberitahu cita-cita aku.  Jawapan yang aku berikan adalah “I don’t have any ambition as well”.  Seperti yang aku sedia maklum aku dimarahi.  Perkara itu memang aku dah sedia dari awal.  Jadi untuk mematikan makian yang aku terima, “how come you don’t have any ambition.  As a person, you need an ambition.  So that you know your goal… bla bla bla” aku cuma beri jawapan menyedapkan hati dia “actually, I like teaching and maybe one fine day I will be a lecturer like you as you know you are the best lecturer ever”.

Aku tahu itu jawapan paling menipu aku bagi.  Tapi untuk tidak memanjangkan cerita dan bebelan beliau, aku rasa aku harus cakap macam tu.

Sebenarnya memang kenyataan aku tak mempunyai cita-cita.  Cita-cita aku lenyap masa keluarnya keputusan SPM.  Semuanya hancur berkecai.  Cita-cita itu yang aku azamkan dari aku seawal umur 6tahun.  Aku bukan tak cuba untuk membina cita-cita baru, tapi aku tak jumpa.  Masih samar samar.  Macammana aku nak ada cita-cita sedangkan apa yang aku minatkan, aku inginkan semuanya tak diberi kesempatan, tak diberi peluang.

Aku tak rasa yang jadi semua yang jadi cikgu sekarang ni memang sebenarnya cita-cita dia nak jadi cikgu, sama jugak macam pekerja kfc, doctor, peguam, posmen, pengurus besar dan sebagainya.

Memang, ‘kadang kadang apa yang kita nak tu belum tentu baik untuk kita dan kadang kadang apa yang kita taknak tu belum tentu teruk untuk kita’tapi benda tu lah yang membuatkan aku tak ada cita-cita sampai sekarang…





OLDERNEWER