moga kau tenang disana kawan ='( Al-fatihah
July 8, 2012 21:56
Mungkin dia dah lama follow aku dekat blog ni. Mungkin dia dah lama friend dengan aku dekat facebook lagi. Cuma aku je tak perasan. Cuma aku je tak concern. Apa yang aku fikir dia adalah salah seorang kawan kepada Amer dan Fify. Pernah juga terdetik dihati aku, namanya sama seperti rakan sekolah rendahku. Tetapi aku hanya berfikir itu mungkin hanya satu kebetulan. Allah nak tunjuk dekat aku bahawa sebelum Amer dan Fify, dia sebenarnya kawan lamaku. Kawan yang lama tak berhubung.
Selepas dapat berita itu, baru aku teringat. Ya, dia yang pernah terdetik dihatiku itu adalah benar. Dia merupakan rakan sekelasku ketika darjah 3. Ya, mungkin itu adalah terlalu lama tetapi itulah hakikatnya. Dia ketua kelas 3Merbau. Aku dan dia selalu bergaduh. Tetapi balik sama. Sekolah agama, dia kelas budak pandai, aku tak. Balik sekolah mesti singgah dekat kedai makcik jual sengkuang. Aku kurang duit, dia dahulukan duitnya. Dan kami pulang dengan gembiranya.
Aku selalu ejek namanya kerana namanya sama macam budak perempuan dekat kelas 3jati. Masa PTS, bila nak panggil nama dia, mesti panggil fifi merbau dengan fifi jati. Dia suka tarik rambut aku walaupun aku selalu menangis.
Bila aku bagitau kawan kawan SK Sungai Besi, semua dah sedia maklum tentang pemergianmu. Aku orang terakhir yang tahu. Maafkan aku kawan. ='( aku tak dapat hadir dalam penghormatan terakhirmu.
Dunia ni kecil je. Kawan yang aku fikir tidak mungkin akan bertemu kembali rupanya sangat dekat denganku. Dan pada masa yang sama adalah kawan kepada Amir dan Fify. Aku rasa aku kejam. Dia ingat aku tapi aku yang lupa dia. Maafkan aku kawan. ='(
Moga kau tenang disana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah. ='(
Affiffi Emara Bin Abdullah, 21 tahun, Sekolah Kebangsaan Sungai Besi, Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. (in memory 3Merbau 2000)
http://ondscene.my/kemalangan/pelajar-universiti-teknologi-petronas-maut-kereta-terbabas
|