penghargaan
February 11, 2012 02:09
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada keluarga terutamanya kedua ibu bapa yang tidak jemu mendoakan kesejahteraan dan kebahgiaan anak-anaknya. Tidak lupa kepada A.izan yang mungkin kata-katanya agak kasar tetapi sebenarnya sangat memberi impak yang besar untuk jadikannya sebagai satu cabaran. A.ilan yang sanggup bersusah payah walaupun tidak menonjolkan keprihatinan yang sebenarnya. K.ruby yang sentiasa memberi nasihat, contoh, galakan walaupun sangat risau dengan ‘deal’ yang telah dijanjikan. K.cik yang tolong printkan. HAHA. A.cik yang tolong isikan borang dan sama sama menadah tangan berdoa. What a funny momment. Ahaks! Tidak dilupakan si pencuri hati yang selalu paksa paksa untuk tidak berlengah. Walaupun benda itu annoying, tapi Alhamdulillah tidak sia-sia rupanya. Terima kasih kerana memaksa, bagi dorongan. Terus tak annoying dah. Bahkan rasa berterima kasih yang teramat. Tanpa paksaan itu, mungkin kita tak dapat nak merubah takdir. =’) Rakan-rakan yang tidak jemu memberi sokongan agar terus berusaha. Aisyah, Rod rod, Sue, Aninie, Ara, Raja, Cda, Muni. Kepada kakak-kakak SMK Bukit Baru juga yang memberi banyak cadangan, kekurangan, kelebihan. Jasamu semua tidak akan dilupa. Insyallah =’) Hmmm, kepada yang tidak memihak, cuba lagi. Selagi kita boleh mencuba, kita akan terus mencuba. Sepertimana kamu, saya juga tahu dan pernah merasa kegagalan itu. Dan peritnya hanya yang mengalami sahaja memahaminya. Sungguh, ianya bukan mudah seperti yang dijangkakan. Saya sentiasa mendoakan. =’) Kini, jalan hidup perlu diteruskan. Perlu dipanjangkan. Terima kasih Ya Allah. Setelah Kau turunkan hujan, akhirnya Kau datangkan pelangi indah. =’) Salam. *ayat memang taknak blah. |