Mimosa Pudica
tag
November 12, 2011 18:26
Dak ara, mintak maap ea baru terperasan tag ni. Tapi sekarang dah reply =)  btw thanks kecik ^^

1st, THE RULES:
1.You must post these rules. 
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal. 
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

2nd.  tentang aku.
Nana, pernah jadi cikgu olok-olok, takot badut, ada jam tekan tekan, rambut ketaq, perasan, ketot, kuning tu cantik, anak derhaka, bontot leper, bengkeng, chenekel, bega

1)    sifat manusia yang buat korang annoying?

-          Pakai earphone besau kat poli lepas tu lepak kantin amik gambar depan orang ramai konon comel+style+hot.

2)    suka kucing tak?

-          Dulu tak suka tapi sejak bela dak upin terus suka sampai dak upin mati boleh menangis teresak-esak lepas tu terus sayang gila kat semua kucing.

3)    dah berapa kali bercinta?

-          12345678910 wahhh player kan padahal tak pandai bercinta =,=

4)    kereta idaman hati?

-          Kereta MAJ yang banyak berjasa.

5)    sekarang tengah buat apa?

-          Menaip laju tak pandang keyboard sebab konon hebat belajar typing dulu.

6)    pekerjaan yang diminati dan selalu diangan angankan.

-          Dulu taknak jadi cikgu tapi sekarang dah nak jadi cikgu sebab jadi cikgu sedap macam makan jagung campur mayonis.

7)    agak agak nak kahwin umur berapa?

-          Jauh lagi perjalanan hidup pun tak tentu arah

8)    gadjet apa yang didambakan sangat sekarang?

-          Bersyukur dengan apa yang ada sekarang tapi esok dah teringin benda lain.

9)    masakan mak yang paling korang suka makan.

-          Semualah sebab tak payah bayar macam makan kat luar

10) kalau online, selalu buat ape je?

-          Ada ke kalau online kita mandi, siram pokok bunga mestilah mengadap pc, laptop, hp, ipad, tab

11) habit korang?

-          Bau ketiak =,=


·        
Taknak tag orang sebab jenis sombong -.-


O.K.U
18:21
Minggu depan minggu terakhir aku berkhidmat sebagai seorang cikgu. #poyo.  Belum habis lagi tapi dah rasa sedih yang teramat.  Sedih nak tinggalkan semua yang ada dekat situ.  Yelah, sebagai menumpang je, kena lah sedar diri sikit kan.  Lagipun memang minggu terakhir persekolahan.  Kalau budak-budak, memang dah happy dah.

Banyak benda aku belajar kat sini.  Banyak benda yang aku nak tahu, dah pun tahu.  Selama ni aku tahu oku ni hanya untuk orang yang cacat anggota dan pekak, bisu, buta, syndrome down je.  Rupanya salah.  Sebenarnya banyak benda kita boleh describe kan sebagai oku.

Apa yang ada dekat murid-murid kat sini sampai boleh dikategorikan sebagai oku adalah :-
#macamjawabsoalanpeksepulak

i)                    Spina Bifida
Tau tak apa benda benda ni?  Spina Bifida ni boleh jugak dikenali sebagai Meningocele (tulang belakang terbuka)  Hmmm Spina Bifida ni macam tulang belakang benjol tu.  Selalunya orang yang tulang belakang benjol ni tak boleh jalan.  Kena duduk atas kerusi roda je.  Takpun baring.  Tapi otak berfungsi macam biasa.  Cuma kekurangan dari segi anggota.  Benda ni terjadi selama 4minggu pertama kehamilan dan terdiri dari abnormal jugaklah.

ii)                   ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)
Semua mesti tau kan benda ni.  Senang cerita hyperactive lah.  Tak boleh duduk diam.  Ada orang yang hyperactive ni boleh dikawal, ada yang tak boleh dikawal.  Kadang-kadang orang yang hyperactive ni nakkan perhatian kita.  Jadi, untuk dapatkan perhatian kita dia buat lah benda-benda yang boleh kita tegur dia ke, marah dia ke.  As long as kita bercakap dengan dia.

   
yang belah kanan tu Izzat 18, dia seorang yang sangat hyperactive! 

ni Adib 15, dia pun hyperactive tapi tak sehyper Izzat

iii)                 Kyphoscoliosis
Hmmm nama memang lah gempak kan.  Macam belajar bio dulu.  Nama nak gempak, placenta lah medulla oblongata lah, gall blader lah, scapula lah.  Sama lah macam kyphoscoliosis ni.  Actually is tulang belakang S tu.  Tau kan macammana.  Usually orang macam ni tak boleh tidur, jalan, duduk dengan selesa.  Yelah, tulang belakang tak seimbangkan.

 yang budak cina tu Wei Shong 13, haa dia lah pengidap kyphoscoliosis

iv)                 Dyslexia
Hmmmm benda ni macam famous sikit kan.  Dyslexia ni jenis orang yang tulis terbalik.  Contohnya b jadi d, p jadi q.  Kiranya apa yang dia tulis semuanya terbalik.  Pemikirannya normal, tapi bila suruh tulis, semua terbalik.  Baca pun jadi masalah lah kan.  Mereka ni bukan cacat, even ada je sebahagian dari orang terkenal yang dyslexia ni.

 yang india tu Yuva 16, dia lah dyslexia yang lain tu hiasan semata-mata. ^^

v)                  Global Development Delay
Ni pulak macam masalah lembab lah jugak.  Kiranya memang susah nak fokuskan sesuatu benda.  

 ni alep 19, dia pengidap seperti diatas. bakal menduduki SPM isnin ni. good luck lep =)

vi)                 Intellectual Impairment
Sama lah lebih kurang macam global development delay

vii)               Hydroceplus
Senang cerita jenis yang kepala besar tu.  Tak reti nak explain.  Teehee.

viii)              Autism
Macam kecacatan perkembangan tegap (pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak.  Kecacatan neurologi dan bukan psychiatric disorder.  Ciri-ciri biasa macam masalah perhubungan social, komunikasi emosi, berkaitan dengan minat, aktiviti dan minat.  Benda ni boleh dirawat tapi tak boleh dipulihkan.

Haaa, macam lokter tak?  HAHA.  Ni lah masalah-masalah yang ada dekat murid-murid aku.  Chehhh poyo betul murid-murid aku.  Keke.  Tapi tak semua lah.  Selebihnya masalah pembelajaran dan ada juga yang syndrome down.  Benda ni semua ada foundation sendiri, tapi kat kolumpo lah.  Jauh kan nak pergi, jadi tu yang terpaksalah gabungkan diorang.  Tapi hati-hati, mereka ni walaupun lambat dari segi pembelajaran, tapi bab bab blue ni laju kemain.  

Banyak benda yang aku belajar dan kenal benda baru.  Salah satu knowledge lah jugak tu kan.  Aku bersyukur sebab diberi peluang untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.  Hari-hari bila aku pandang mereka, aku insaf sendiri.  Alhamdulillah Allah kurniakan aku normal dan sempurna segalanya.  =)

 
 ni Yong 19, lahir normal tapi accident terus cacat seumur hidup

 jejaka
 





OLDERNEWER