Mimosa Pudica
you
September 21, 2011 23:57

19th September

This moment, I was facing a hard time.  Everything is just a mess.  Well, there are a lot of things that always lingering in the back of my mind, like A LOT.  But you always give me a moral support, forced me never ever give up.  Whatever happens, don’t ever forget Allah.  Yeah, talks with you make me felt like ice.  Melting.  Even though I try to pretend that I’m strong but then I can’t.  I can’t lie with you.  Frankly, thanks a lot love.  Give me some advice, be positive.  I really appreciate.  I love you.  That’s why you will never replace. =’)

“Tak semestinya apa yang kita nak tu kita dapat dan berjaya, dan tak semestinya apa yang kita taknak tu kita dapat dan kita tidak berjaya."

Happy 13rd months heart stealer.




itu
September 20, 2011 17:22
Masa mula mula masuk poli dulu, kawan kelas aku Yana je.  Hari hari before pegi class mesti Yana tunggu aku.  Sampai satu hari dalam class internet, kau tegur aku.  Sebenarnya kita duduk sebelah dah lama, tegur je belum lagi.  Kawan jenis sombong.  Keke.  Pastu kau tanya pasal ehem ehem kat aku.  Kebetulan ehem ehem tu satu sekolah dengan aku, kawan aku jugak pulak tu.  Lepas tu kita tergelak.  What a small world.  HAHA.

Start dari hari tu, setiap kali time break je, aku dah tak balik bilik yang perlu menapak sampai berpeluh tu.  Aku lepak bilik kau je, dekat sikit.  Tak, sebenarnya dekat banyak.  Baru kenal kau dalam 2-3 hari, dah berani tonjal tonjal kepala.  Dah boleh tepuk tampar macam lama benar kenal.  Pergi class pun dah bertiga lepas tu.  Aku rasa kau lah satu satunya kawan yang paling sekejap aku kenal boleh terus jadi diri sebenar.  Chemistry itu ada.  HAHA.

Naik sem 2, kita satu rumah.  Tapi sekejap je lah.  Lepas tu aku lari duduk hostel.  Tapi kau asyik lepak bilik aku walaupun selalu merungut bilik aku jauh.  Memang, sangat jauh.  Masa tu, mana ada aku mesti ada kau, mana ada kau mesti ada aku.  Duduk pun sebelah je.  Orang pun dah tau dah.  Hilangnya kau, pegi bilik aku, hilangnya aku, pegi ex-rumah sewa aku.  Keke.  Kau suka orang pun aku tau.  Aku suka orang pun kau tau.  HAHA.

Sem 3 li, walaupun negeri tak sama, tapi kita still contact.  Sebab kita ahli kelab.  HAHA.  Pressure sikit je mengadu.  Jauh tak menjadi penghalang.  Boleh lagi jumpa kan.  Boleh lagi temu jodoh kan.  Boleh lagi hantar mesin ricih kat kau kan.  Boleh lagi dapat projek diet kan.  HAHA.

Sem 4 sem akhir, kita duduk satu rumah.  Even satu bilik.  Mula mula macam biasa lah kan.  Ada sekali tu masa class usahawan, aku saje nak duduk belakang sorang sorang.  Masa tu agak sikit pelik.  Sekejap sekejap kau datang belakang.  Suka aku time tu.  Ada sekali lagi tu aku buat lagi macam tu, tapi kau tak datang pun jenguk aku kat belakang tu.  Aku tunggu je.  Tapi kau pandang aku pun tak.  Masa tu sedih tahu tak.  Masa class English memang harus lah kite duduk sebelah, macam awkward gila.  First time aku rasa macam tu.  Tak bertegur pun.  Tegur pun benda penting je.  Time tu rasa nak nangis tahu tak?  

Kat rumah pulak, bila aku duduk bilik ko duduk depan.  Bila aku duduk depan ko duduk je kat bilik.  Tak tegur jugak.  Tanya sepatah jawab sepatah.  Aku tak tau masa tu apa salah aku kat kau.  Tapi aku relax je.  Errrmm, tak sebenarnya tak relax pun.  Menangis jugak.  Teehee.  One day masa tu aku tinggal berdua je dengan kau kat rumah.  Muni, Cda, Ara balik.  Aku tido kat depan, bangun je aku perasan kau jenguk aku.  Tapi aku buat buat tak perasan.  Aku lapar, buat maggi pastu aku ada baca kat tweet kau, ‘I hate when my anger turns to tear’  lepas tu kau keluar terus tegur aku.  Aku buat biasa je, tapi dalam hati ni rasa happy yang teramat.  Rasa biarlah moment tu macam tu je.  Tak yah pergi.

Tapi lepas tu, moment tu pergi jugak.  Masa tu kau dah rapat dengan orang lain.  Aku duduk bilik dengan kau, tapi macam ada bunyi cengkerik.  Krekkk kreekkk kreekkk.  Tak bersapa langsung.  Pastu kau pegi kat Ara, terus gelak gelak.  Kawan relax je.  Tapi kawan sikit touching jugak.  HAHA.  Masa tu aku rasa kau ada terasa dengan aku.  Tapi takut nak tanya.  Tak tau kenapa.  Sampai sekarang tak tanya.  T_T

Sekarang dah habis belajar pun.  Still jugak tak tahu kenapa.  Banyak tau nak tanya tapi takut takut.  Then biarkan je.  Kadang kadang kalau ada masalah aku call kau, mintak pendapat kau.  Sebab kau good listener.  Time tu je kita dapat borak lama.  Rindu tau.  Sekarang, kau dah dapat apa yang kau nak.  Aku happy dapat tahu benda tu.  Walaupun belum rezeki aku lagi.  Apa yang aku boleh cakap kat sini, aku sayang kau.  Sayang sangat.  Sayang tak terkata.  Banyak moment that we create together.  Pahit manis kelat semua ada. 

Good luck.  Selalu ingat aku okay.  Kena tahu tau, aku sayang, rindu kau teramat amat perenang Malaysia.  =’)

Bila rindu, aku tengok video kau.  Benda tu je boleh ubat rindu.  Buat tergelak sorang sorang.  Teehee.

Assalamualaikum.

Hati, kau harus tabah ='(
September 16, 2011 14:45
Segalanya telah tersurat.  Ya, diakui aku sangat kecewa.  Mungkin sebelum ni aku mampu lagi tersenyum dan bertahan.  Tetapi kali ini, aku rasa aku tidak sekuat dulu.  Perasaan bercampur baur.  USELESS, LOSER!  Kalau kau jadi aku, aku yakin kau mengerti.  Menangis?  Sepanjang masa.  Memang, aku tahu Allah sedang menguji hambanya.  Tapi ini kali, tahun ini, ini kali keempat aku diuji.  Benda itu berat tahu? =’(

God’s rejecting is God’s protecting.  

Allah tidak makbulkan doa kita kerana dia mengatur yang terbaik untuk kita.  Aku redha dengan ketentuanNya.  Mungkin ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku.  Dia suruh aku lebih tabah dan sabar dalam segala hal.  Mula-mula memang aku gila.  Aku salahkan takdir.  Aku salahkan semua orang.  Ampunkan aku Ya Allah.  Terima kasih juga kerana telah menyedarkanku.  Biasalah, manusia tak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberikan.  Hanya mampu merungut setelah diuji.

Kadang-kadang kita berada diatas, kadang-kadang kita berada di bawah.  Hidup ini kan ibarat roda.  Tak semestinya kita sentiasa gembira, kadang kala ada juga kedukaan.  Itu kan lumrah hidup.

Bukan aku  tak pernah berusaha, malah puas aku berusaha dan mencuba.  Mungkin belum cukup lagi usaha yang dikorbankan.  Rezeki belum memihak.  Aku redha dengan ketentuanNya.  Dalam hal ini, keluarga menjadi peranan penting.  Aku bersyukur kerana aku masih lagi ada keluarga yang tidak jemu memberi semangat dan dorongan.  Tanpa mereka aku rasa aku tersungkur. =’)

Apa yang perlu sekarang adalah, aku harus jangan pernah untuk mengalah.  Aku perlu kuat.  Mungkin ada benda yang lebih baik Allah janjikan untuk diri ini.  Yang penting, aku harus terus berusaha.  Perjalanan hidup ini masih jauh.  Kita sebagai hambaNya kena terus mencuba dan mencuba.  Insyallah, dengan izinNya ada jalan untuk kita.

Kepada yang berjaya.  Tahniah diucapkan.  Aku gembira jika kamu semua gembira. 

Assalamualaikum

parcel
September 9, 2011 22:29
6th September

Ada abang posmen ting tong ting tong.  Laju laju keluar.  Ingatkan ada van poslaju datang.  Takyah berangan, bang posmen tu bawak motor je.  Dapat parcel tau.  Tak besar, sedang sedang je.  Teehee.  Actually, dah tau dah akan dapat parcel ni, tapi tak dapat imagine kan apa. Just imagine si van besar bawak hadiah besau gedabak jelah.  #takyahberanganlahh 

taraaaaaaaa. HAHA

Thank you soooo much Amer.  Hadiah birthday yang dah lambat.  Keke.  Tapi sesungguhnya aku sangat sangat hargai tau.  Tak sangka.  Seriously.  Rasa macam mimpi.  #argghhbosanlahkau.  Keke.

Dah lama kan kita tak jumpa.  Last jumpa before ko nak fly 2009.  Kita keluar makan dengan budak-budak ni.  Esok tu masa nak hantar kau, tak sempat jumpa.  Lari lari pakai baju kurung macam dalam drama pun tak dapat jumpa jugak.  Pentipu betul drama ni.  Lepas tu sedih nangis nangis.  Dah lahh, tukar topic!  #maluaku

 Hari tu kau balik pun tak sempat jumpa, padahal masa kau nak balik Jordan balik, aku ada kat seremban.  Kiranya boleh je nak jumpa tapi time tu aku pun macam kelamkabut dengan terkebai-kebai baju kurung lagi pegi rumah orang kawen.  #bacasekalinafas

Pastu masa raya tiba tiba kau text selamat hari raya.  Ko wish pun sehari lambat, so aku pun memang dah assume yang kat sana memang lambat sehari kan.  Tapi ko cakap ko kat Malaysia.  Eksaited mak nyahh!  =D Then aku sempat lah jumpa kau.  Walaupun tak lama, kesian tengok kawan kau sampai dah tido tengah jalan berdengkur.  Tapi dah okay lah tu kan dari tak jumpa langsung.  Terima kasih sahabat.

Nanti aku pulak post hadiah kau ea.  Tapi takdelah semahal yang kau bagi kat aku ni.  Kawan takde duit jpa nak beli.  Keke.

Ohh ya, tahniah untuk gf baru.  Finally kan.  Harap harap berkekalan.  Makin membuak lah kau nak balik Malaysia kan.  HAHA.


maknanya : penghargaan yang teramat sangat. kuikuikui =D

Okay bye =)

syawal full of moderation
22:08
selamat hari raya dari saya dan teman lelaki. #muntah


Selamat hari raya.  Tahu dah terlambat kan, tapi dulik lah.  Keke.  Tahun ni raya serba serbi sederhana.  Duit raya pun sederhana.  Kena beratur dengan budak kecik baru dapat.  Teehee.  Baju raya semua longgar.  Dah takdo dah longan kepsi.  Keke.  Oh ya, tahun ni punya raya aku paling banyak buat dosa.  Memang realize sendiri. T.T

Nak beraya dengan kawan kawan pun tak sempat.  Rushing balik johor.  Tapi sempat jumpa yang mana tersempat je lah.  Ohh, sempat lah jumpa dak amer Jordan tu.  Hari tu dia balik tak sempat jumpa kan. 

Selamat hari raya aidilfitri, maaf andai ada terlepas kata, terguris perasaan, terambil barang tak reti pulang, tercakap belakang, terperli.  Ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki.  Masa raya ni lah orang meminta maaf kan.  Hari hari raya kan best.  Hari hari mintak maaf.  Hari hari terhapus dosa kecil. =)

SELAMAT MERDEKA RAYA SEMUA

Assalamualaikum.  




OLDERNEWER