Mimosa Pudica
last
April 29, 2011 13:36

Assalamualaikum

Maybe, this is a long post.  

Firstly, tahniah diucapkan kepada yang terlibat kerana telah berjaya menamatkan pengajian selama 2tahun di Politeknik Port Dickson.  Dulu masa baru masuk sem 1, nak cepat cepat habis belajar.  Tapi bila dah akhir akhir ni, terasa kejap je masa berlalu.  Banyak sangat kenangan.  Paper terakhir, personality grooming.  Walaupun frust dengan soalan yang keluar, tapi nak buat macammana kan, dah jawab pun.

Terasa macam baru semalam daftar dekat blok N, dapat tingkat 3.  Minggu MSK yang memang tak best langsung.  Tapi masa tu lah baru tahu lagu Politeknik.  Lepas tu setiap satu hanset mesti ada lagu tu.  Kehkeh.  Terasa semalam jugak daftar modul, duduk dekat dewan kuliah, berkenalan dengan semua classmate.  Pergi balik class lalu susur gajah.  Time polibriged je, laju masing-masing jalan nak kejar masa.
Semalam lah jugak beli makanan kat café, liat nak pergi pi, sanggup duduk dalam gelap sebab malas tukar baju kurung.  Picnic dengan budak mecky, awam.  Overnight.  Tertubuhnya ahli kelab.  Kehkeh.  Terjumpanya pakwe.  Hekhek.

Lepas ni dah takde nak duduk sebelah rumah rt lagi, nasik lemak lecturer, naik bus poli, makan dekat benteng pekan, cendol, pergi pantai jalan kaki pun sampai, tak jumpa dah orang pergi class naik basikal pink, orang pergi class pakai baju kuning kasut biru beg lingerie shop, pakai blazer, mandi pool time bosan, pasar malam carik roti Baghdad, tengok tv salji, presentation, project work, masak ramai-ramai, pergi butik BB, housemates supersenior otak semua pink, saiko orang, duduk canteen lama-lama perhatikan orang, jumpa salam sejahtera, menggelibak dekat downtown poli, bercanda depan unggun api.  Masuk hostel pukul 5pagi.  I’ll miss that moment.

Lepas ni, takde dah orang nak rojer “Na, aku kat pd ni”.  Sumpah benda tu semua akan buat aku rindu gila.  Tak tau bila lagi nak datang Pd lagi.  Kalau ada pun tahun depan masa convo.  Itu pun kalau sempat, kalau grad.  Insyallah. =)

Port Dickson, banyak kenangan terukir.  Pahit manis kelat masam.  Kenal macam-macam jenis kawan, dari banyak negeri, loghat.  Kenal dengan si pakwe.  HAHA.  Tak habis-habis.

Disini saya ingin minta maaf jika selama ini saya ada/ banyak lukakan, sakitkan hati, atau apa-apa je dekat semua orang.  *cehh, bajet nak pergi merantau jauh benar.  Melaka je pun. 

POLITEKNIK PORT DICKSON AND DSK4S1 IN MEMORY.

HASTA LA VISTA. =)
 


kepada megu, terima kasih bagi pinjam calculator untuk the whole sem ni. nanti aku pulangkan ye =)

kehkeh
April 23, 2011 00:13

[1]          I need to tell you a secret look at 5
[2]          The answer is look at 11
[3]          Don’t get mad look at 15
[4]          Calm down don’t be mad look at 13
[5]          First look at 2
[6]          Don’t be that angry look at 12
[7]          I just wanted to say I love you
[8]          What I wanted to tell you is… THE ANSWER IS ON 14
[9]          Be patient look at 4
[10]        This is the last time I’m going to do this look at 7
[11]        I hope you’re not mad when I say this look at 6
[12]        Sorry look at 8
[13]        Don’t get mad look at 10
[14]        I don’t know how to say this but look at 3
[15]        You must be really mad look at number 9

“Thank you for making me laugh when I’d almost forgotten how to.”  Happy 8th anni.

People who annoyed, do I care?  Just leave away.  Tq  =D



fuhhh =)
April 18, 2011 13:15
Fuhhh, finally.  Setelah berhempas pulas.  Walaupun tak berapa nak study.  Esok nak masuk exam, ini malam baru terhegeh-hegeh tengok buku.  4 papers go with the flow.  Banyak kan exam untuk sem ni.  10 papers include final exam.  

Writing test, keluar about “the most valuable thing is friendship” agree or disagree?  Tajuk tu kedepek kena kat muka.  Memandangkan sekarang ni masing-masing berkonflik dalam persahabatan kan.  So, masing-masing haruslah menjawabnya dengan penuh perasaan.  Tak mustahil ada yang tulis mengenai diri sendiri.  Aku tak terkecuali.  Sampai tak cukup masa lah.  Kalau yang hebat berquote tu, memang satu bonus lah.  Boleh applykan kan dalam penulisannya.  Aku cipta quote sendiri.  Rasanya mesti pemeriksa akan tergelak baca quote aku.  Kehkeh.

Kadang-kadang terasa bagus jugak ada blog, sebab apa yang aku tulis dekat blog, aku applykan kat dalam tu.  Ayat?  Mestilah berterabur.  Nak keluarkan bombastic word, time-time tu lah tak teringat.  So cara penulisan sama macam zaman sekolah dulu.  Teehee.  

Reading test, agak susah lah.  Nak baca passage yang panjang berjela tu memang tak lah kan.  Baca soalan je, lepas  tu terus jawab.  Apa yang tak tertulis kat dalam passage tu, tanpa berfikir panjang terus jawab not stated.  Senang kerja.  Hikhik.

Listening test, lucky lah dapat duduk depan.  Dengar pun jelas lah jugak.  Tapi boleh leka lagi, tau tau je orang tu dah cakap “one minute to fill all your answer”  baru lah kelam kabut, tapi tak tau pun nak tulis apa.  Kali kedua dia baca tu baru lah focus betul2.  Radio pulak bergema, berlaga-laga dengan class dengan hall.  Tak tau nak dengar yang mana.  Kuikui.

Lepas tu celebrate birthday mak suhana kat kepsi.  Tapi kawan tak dapat nak join kat ice room, butik bb, mandi pantai memandangkan kawan dimarahi.  Hikhik.  Overall, I really enjoyed.  Thanks everyone.  


Toodles =)

saya sayang sekolah ini, bukan bukan, saya sayang orang yang duduk dekat dengan sekolah ini.  hekhek


3 days from now
12:47

P3803 Note Taking P3809 Translation  P1102 Accounting  
P3810 Document Production  P3117 Entrepreneurship  P3806 Personality Grooming


Final exam is coming up soon, I would like to wish all the best to all Politeknik students especially for DSK students.  May our hard work paid off with an excellent result.  Insyallah =)

 DSK4S1

Nokss!
April 14, 2011 17:29

Pernah tak, tahu pasal zine?  Pernah baca tak?  Rasanya dah lama kott zine ni.  Takpe, aku pun baru tau.  Zine ni kan lebih kurang macam karya seseorang dari segi penulisan tak kira sajak, puisi, cerita pendek, cerpen pun boleh, dialog.  Kumpul-kumpul, lama-lama boleh menjadi satu buku yang tebal.  Okay itu pun aku baru tau.
Aku ada sorang kawan ni, dia lah yang perkenalkan aku pasal zine.  Mula-mula pelik lah jugak kan.  Nama pun dah pelik.  Lepas tu aku dengan sukarelanya beli lah buku tu.  Niat mula-mula just nak support kawan je lah kan.  Tapi bila aku dah dapat buku tu, for sure lah tak sabar nak baca kan.  Mungkin disebabkan bosan sangat duduk dalam train sorang-sorang.  So, aku pun mula lah membelek satu muka surat ke satu muka surat. 
The first expression aku bila baca muka surat pertama, aku rasa macam woww.  Hebatnya.  Then aku try baca the next page and so on.  Ada yang realize, sedih, tergelak-gelak.  Macam-macam character lah.

 

Aku melihat pada jam tangan Petaling Street.  Biar murah tapi waktu tetap sama, sama macam mati. –shahIz
Kalau kata orang hidup ini ibarat lilin, tapi bagi aku hidup ini ibarat permainan Sudoku. –shahIz
Aku miming mulut aku biar orang nampak aku budak baik. – azizi dain
Nagor nagoya, nagor nagoya! –rodrod
Memang kau boleh buat sensorang tapi sampai bila kau boleh bertahan?  Kau perlukan kawan juga di sisi kau.  Orang tua tua kata jangan jadi bodoh sombong! –aishah lee
Alasan kelas cancel sebab emergensi juga adalah clishe okay. –muhamad ezham
Berkawan mahupun bersahabat jangan ada dendam dan benci.  Kau tak suka cakap tak suka.  Jangan makan kawan geng, jangan makan diri sendiri.  Mudah. –akemi siegel
Jangan cakap pasal jadi diri sendiri kalau orang tu jadi diri dia sendiri tapi kita nak kutuk-kutuk dia. –aan
Kawan baik tak sama seperti yang terbaik. –ezy n

Ada banyak lagi, kalau nak baca sila lah beli.  Tak mahal pun.  Beli barang prada, esprit, mng, zara, fossil, miss whatever, ax, forever 21, topshop, banana republic boleh.  Takkan beli buku yang tak sampai RM5 pun tak boleh kan.  Takkan nak pinjam kawan punya pulak kan.  Baju, seluar, purse mahal-mahal pun taknak kongsi.  Teehee^^
Okay ini bukan sebab nak promote kawan ke apa.  But, frankly.  Aku tak tipu.  Tak rugi lah selain dapat tambah koleksi buku, dapat jugak lah tambah ilmu pengetahuan.  Kuikuikui.  Lagipun benda ni limited.  Kalau nak, bagitau lah aku.  Tak pun boleh pergi kat page Nokss!

Okay toodles =)



terkinja-kinja
April 12, 2011 14:35
Sungai Congkak.  Dah lama kan tak pergi sana.  Unplanned.  Terima kasih kawan-kawan.  Mengimbau zaman kanak-kanak dulu kan.  Tapi dulu pergi dengan family.  Kawan boleh ikut, sebab takut kawan sorang lagi bosan.  Tapi sekarang ni, kita dah mampu pergi sendiri kan.  Kumpulan ini sedang asyik memerhatikan kumpulan lain yang terkinja-kinja di pondok sebelah.  Gembiranya mereka.  Kita pun gembira apa. 

Tapi mereka siap bawak speaker besar nak mampos.  Karaoke.  Terkinja-kinja menari terkangkang-kangkang.  Berpeluk-peluk sakan dengan pasangan masing-masing.  Pakai singlet jarang-jarang warna hitam tapi tak pakai bra.  Lepas tu terlompat-lompat sebab lagu semua rancak.  Wowww, sangatnya berani.  Wak kata, diorang siap bermalam kat sini.  Semua tercengang.  Masing-masing tido dekat pondok tu sama-sama?  Perrgghh!  Mungkin practice speed zone malam tu.  HAHA




Kampung Baru
14:35
Maaf kawan, kawan terlambat.  Macam-macam halangan.  Tapi kawan tetap datang kan.  Takde lah lambat sangat.  Hmmm, okay lambat sangat sebenarnya.  One hour late.  Sangat rugi.  Menunggu sebelah jalan raya Masjid Jamek.  Semua orang nak bertegur.  Dalam hati, kalau lah lifesaver ada.  Tapi dia pun merajuk dengan kawan.  Kawan memang selalu buat kawan terasa.  Teruknya menjadi kawan.

Teater Muzikal Kampung Baru.



Walaupun tak tengok dari mula, tapi dapat lah input sedikit sebanyak.  Selama ni, teringin sangat nak tengok teater muzikal kan.  Finally, dapat jugak.  Terima kasih kawan yang memahami.  Menjemput kawan yang tak tahu apa-apa mengenai benda alah ini. 

Terjah Kampung Chubadak.  Tengok Sexy Teacher.  Bodoh gila cerita tu.  Si Edora dah jadi Dayang Senandung.  HAHA.  Perdengarkan MASIH SETIA.  Sumpah terpegun.  Tak sangka.  Mampu jugak kawan hasilkannya.  Album gambar zaman sekolah.  Gelakkan muka zaman muda-muda.  Macam-macam jenis ada.  Gelak yang kalau orang tak kenal, akan terasa yang teramat.  Terlalu kejam.  Okay gelakkan diri sendiri jugak.

Terima kasih kawan untuk segalanya.  Walaupun masa begitu singkat, tapi sangat berharga =)

speaking MUET
April 8, 2011 00:08

Hmmm, okay boleh update dengan tenang sikit.  Firstly, fuhhh lega.  Speaking muet done.  As usual, exam seawal-awal pagi.  Memang tak dapat lah nak bangun awal kan.  Duduk pulak sorang-sorang, rt pulak takde untuk memeriahkan suasana.  Nasib baiklah cik kemang berfungsi seperti biasa.  Bolehlah mengonlinekan diri sepanjang masa tanpa gangguan+ketakutan.  Bila dekat tv ada iklan pasal cerita hantu, cepat-cepat alihkan pandangan ke lappie.  =,=

Jadual menunjukkan exam bermula seawal 7.30 pagi.  Okay, agak mustahil nak bangun awal.  Set jam pukul 6.15.  Lampu kena bukak, sebab takut kan.  Pintu kunci rapat-rapat.  Suruh pulak si awak tu kejut pukul 6.30, okay memang tak lah kan dia nak bangun.  Liza call, boleh pulak canclekan.  Alarm bunyi pun tak sedar bila.  Tau-tau dah pukul 6.45.  teehee^^

Raja dah sampai depan rumah.  Laju-laju lah mandi.  Siap-siap.  Discuss sikit-sikit je.  7.15 gerak.  Lucky tak banyak sangat kereta time tu.  So, agak lancar dan sampai tepat pukul 7.30.  Termengah-mengah naik sampai tingkat 3.  Ouhh, tak ramai candidates nampaknya.  Orang lain berpeluh-peluh, pegang buku bagai.  Kami?  Duduk perhatikan orang, menguap banyak kali.  :O

Lepas dah check ic and so on.  Duduk balik, menguap lagi.  Hp memang kena quarantine lah kan.  Dapat pulak group first.  Tak sempat nak kenal, berkenalan bagai terus kena masuk bilik pekse.  Okay lucky lagi dapat jadi candidate D.  Bila tengok soalan je, takdelah tersenyum kan tapi agak lega lah jugak.  Benefits of television programmed.  Documentaries.  Tulis memang laju lah kan, konon-konon banyak idea.  Tapi bila cakap, amik kauu!  Macam batu melekat dalam mulut ni.  Sikit-sikit hmmm, sikit-sikit, arrrr.  Point pulak berulang-ulang.  Nasib lah kan.

Bila masuk tu, nampak lah orang macam selenger je kan.  Tapi bila cakap, hambik kauu, tercengang aku dengar.  Surrender weyh.  Kau cool gila.  Pukul 8.30 dah settle.  Tunggu dak raja dengan liza dekat kantin.  Habis semua orang aku borak.  Tak kira lah candidates ke students form 6 kat sana.  Teehee^^.  Lepas tu aninie pulak sampai.  Kawan mesti lah bagi support.  Si abang tudm, nak belanja minum, mestilah demand tinggi kan.

Okay sekarang, get ready untuk 16hb.  Writing, reading and listening.  Sangat takut.  =,=



p/s :  awakkkkkkk, hantar kite bolehhhh?  Kite takde transport nak pegiii. Hikhikhik.  Boleh lahhh.  Kalau awak hantar mesti kite semangat nak jawab exam.  Hekhekhek  *okay gedik.  -_-

Homesick
April 1, 2011 21:51

Hey, awak ingat awak budak berumur 12 tahun ke? Awak dah almost 20 tahun lah.  Tak malu ke nak homesick ni.  Hmmm, tak tahu lah lately ni rindu je kat rumah.  Seluruh seisi rumah.  Hari-hari mesti call.  Mesti nangis.  =,=  Nak balik boleh je, bukan jauh pun tapi tu lahh exam kan.  Tahan lah diri tu.

Walaupun dah dibiasakan berdikari sejak form 1, tapi kadang-kadang terdetik jugak hati ini perasaan rindu.  Ye lah, manusia kan.   Masa form 1 dulu, cikgu bm aku selalu cakap budak asrama ni mak bapak dia tak sayang dia, tak sanggup nak bela dia lagi, that’s why mak bapak dia hantar dia duduk asrama.  Aku sebagai salah seorang budak asrama, terasa jugak.  Tambah pulak masa tu mengalami homesick yang teruk.

Aku pulak kira bernasib baik kerana ada abang dan kakak yang satu sekolah dengan aku.  Sekurang-kurangnya aku tak ada lah sunyi sangat.  Malam-malam pergi dorm kak cik, pagi tengahari jumpa bangcik.  Aku fikir, cikgu tu memang anti aku sebab aku selalu tak ambil endah apa dia cakap.  Ye lah, dia cakap slow sangat, orang yang duduk belakang sekali memang harapan lah nak dengar suara dia.

Pernah sekali dia marah aku sebab amik kertas ujian Iqmal dengan Kechik.  Padahal Iqmal memang suruh aku amik kertas ujian sebab dia tak datang, ada game volleyball.  Yang Kechik punya pulak, hmmm errrr hmmm memang aku saja amik sebab saja nak kacau dia.=_=  lepas tu modal dia tak habis-habis budak asrama.  Sampai kadang-kadang aku jadi marah dekat mak bapak aku.  Kenapa tinggalkan aku kat asrama.

Masa aku form 3, semua orang pergi dewan untuk meraikan pesaraan cikgu tu, tapi aku sorang je duduk dalam dorm sebab aku still lagi marah, berdendam dengan dia.  Aku taknak maafkan dia.  Teruk kan  =,=

Sekarang ni, aku tak tau lah kenapa.  Perasaan bercampur baur.  Masalah bertimpa-timpa.  Sabar ye nana.  Sikit hari je lagi.  Lepas ni awak dah boleh away.  Away from everything.  =)





OLDERNEWER