O.K.U
November 12, 2011 18:21
Minggu depan minggu terakhir aku berkhidmat sebagai seorang cikgu. #poyo. Belum habis lagi tapi dah rasa sedih yang teramat. Sedih nak tinggalkan semua yang ada dekat situ. Yelah, sebagai menumpang je, kena lah sedar diri sikit kan. Lagipun memang minggu terakhir persekolahan. Kalau budak-budak, memang dah happy dah. Banyak benda aku belajar kat sini. Banyak benda yang aku nak tahu, dah pun tahu. Selama ni aku tahu oku ni hanya untuk orang yang cacat anggota dan pekak, bisu, buta, syndrome down je. Rupanya salah. Sebenarnya banyak benda kita boleh describe kan sebagai oku. Apa yang ada dekat murid-murid kat sini sampai boleh dikategorikan sebagai oku adalah :- #macamjawabsoalanpeksepulak i) Spina Bifida Tau tak apa benda benda ni? Spina Bifida ni boleh jugak dikenali sebagai Meningocele (tulang belakang terbuka) Hmmm Spina Bifida ni macam tulang belakang benjol tu. Selalunya orang yang tulang belakang benjol ni tak boleh jalan. Kena duduk atas kerusi roda je. Takpun baring. Tapi otak berfungsi macam biasa. Cuma kekurangan dari segi anggota. Benda ni terjadi selama 4minggu pertama kehamilan dan terdiri dari abnormal jugaklah. ii) ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) Semua mesti tau kan benda ni. Senang cerita hyperactive lah. Tak boleh duduk diam. Ada orang yang hyperactive ni boleh dikawal, ada yang tak boleh dikawal. Kadang-kadang orang yang hyperactive ni nakkan perhatian kita. Jadi, untuk dapatkan perhatian kita dia buat lah benda-benda yang boleh kita tegur dia ke, marah dia ke. As long as kita bercakap dengan dia. yang belah kanan tu Izzat 18, dia seorang yang sangat hyperactive! ni Adib 15, dia pun hyperactive tapi tak sehyper Izzat iii) Kyphoscoliosis Hmmm nama memang lah gempak kan. Macam belajar bio dulu. Nama nak gempak, placenta lah medulla oblongata lah, gall blader lah, scapula lah. Sama lah macam kyphoscoliosis ni. Actually is tulang belakang S tu. Tau kan macammana. Usually orang macam ni tak boleh tidur, jalan, duduk dengan selesa. Yelah, tulang belakang tak seimbangkan. yang budak cina tu Wei Shong 13, haa dia lah pengidap kyphoscoliosis iv) Dyslexia Hmmmm benda ni macam famous sikit kan. Dyslexia ni jenis orang yang tulis terbalik. Contohnya b jadi d, p jadi q. Kiranya apa yang dia tulis semuanya terbalik. Pemikirannya normal, tapi bila suruh tulis, semua terbalik. Baca pun jadi masalah lah kan. Mereka ni bukan cacat, even ada je sebahagian dari orang terkenal yang dyslexia ni. yang india tu Yuva 16, dia lah dyslexia yang lain tu hiasan semata-mata. ^^ v) Global Development Delay Ni pulak macam masalah lembab lah jugak. Kiranya memang susah nak fokuskan sesuatu benda. ni alep 19, dia pengidap seperti diatas. bakal menduduki SPM isnin ni. good luck lep =) vi) Intellectual Impairment Sama lah lebih kurang macam global development delay vii) Hydroceplus Senang cerita jenis yang kepala besar tu. Tak reti nak explain. Teehee. viii) Autism Macam kecacatan perkembangan tegap (pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Kecacatan neurologi dan bukan psychiatric disorder. Ciri-ciri biasa macam masalah perhubungan social, komunikasi emosi, berkaitan dengan minat, aktiviti dan minat. Benda ni boleh dirawat tapi tak boleh dipulihkan. Haaa, macam lokter tak? HAHA. Ni lah masalah-masalah yang ada dekat murid-murid aku. Chehhh poyo betul murid-murid aku. Keke. Tapi tak semua lah. Selebihnya masalah pembelajaran dan ada juga yang syndrome down. Benda ni semua ada foundation sendiri, tapi kat kolumpo lah. Jauh kan nak pergi, jadi tu yang terpaksalah gabungkan diorang. Tapi hati-hati, mereka ni walaupun lambat dari segi pembelajaran, tapi bab bab blue ni laju kemain. Banyak benda yang aku belajar dan kenal benda baru. Salah satu knowledge lah jugak tu kan. Aku bersyukur sebab diberi peluang untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Hari-hari bila aku pandang mereka, aku insaf sendiri. Alhamdulillah Allah kurniakan aku normal dan sempurna segalanya. =) ni Yong 19, lahir normal tapi accident terus cacat seumur hidup jejaka |