Hati, kau harus tabah ='(
September 16, 2011 14:45
Segalanya telah tersurat. Ya, diakui aku sangat kecewa. Mungkin sebelum ni aku mampu lagi tersenyum dan bertahan. Tetapi kali ini, aku rasa aku tidak sekuat dulu. Perasaan bercampur baur. USELESS, LOSER! Kalau kau jadi aku, aku yakin kau mengerti. Menangis? Sepanjang masa. Memang, aku tahu Allah sedang menguji hambanya. Tapi ini kali, tahun ini, ini kali keempat aku diuji. Benda itu berat tahu? =’( God’s rejecting is God’s protecting. Allah tidak makbulkan doa kita kerana dia mengatur yang terbaik untuk kita. Aku redha dengan ketentuanNya. Mungkin ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku. Dia suruh aku lebih tabah dan sabar dalam segala hal. Mula-mula memang aku gila. Aku salahkan takdir. Aku salahkan semua orang. Ampunkan aku Ya Allah. Terima kasih juga kerana telah menyedarkanku. Biasalah, manusia tak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Hanya mampu merungut setelah diuji. Kadang-kadang kita berada diatas, kadang-kadang kita berada di bawah. Hidup ini kan ibarat roda. Tak semestinya kita sentiasa gembira, kadang kala ada juga kedukaan. Itu kan lumrah hidup. Bukan aku tak pernah berusaha, malah puas aku berusaha dan mencuba. Mungkin belum cukup lagi usaha yang dikorbankan. Rezeki belum memihak. Aku redha dengan ketentuanNya. Dalam hal ini, keluarga menjadi peranan penting. Aku bersyukur kerana aku masih lagi ada keluarga yang tidak jemu memberi semangat dan dorongan. Tanpa mereka aku rasa aku tersungkur. =’) Apa yang perlu sekarang adalah, aku harus jangan pernah untuk mengalah. Aku perlu kuat. Mungkin ada benda yang lebih baik Allah janjikan untuk diri ini. Yang penting, aku harus terus berusaha. Perjalanan hidup ini masih jauh. Kita sebagai hambaNya kena terus mencuba dan mencuba. Insyallah, dengan izinNya ada jalan untuk kita. Kepada yang berjaya. Tahniah diucapkan. Aku gembira jika kamu semua gembira. Assalamualaikum
|