dua dalam satu
June 22, 2011 14:34
10 June Selamat ulangtahun kakruby. Sorry time tu tak teringat langsung. Masa akak call tanya benda pelik-pelik baru teringat. Saya tahu saya adik yang teruk. Heee. Terima kasih banyak membantu dikala adikmu ini kesusahan. Memberi cadangan, pendapat dan tunjuk ajar yang tidak ternilai. Menyelamatkan adikmu ini dikala dimarahi, dibebel. Berkongsi cerita suka duka bersama. Mempercayai kebolehan adikmu ini. Sama-sama runtuh akhlak. Keke. Mintak maaf masa dulu-dulu saya pernah tumpahkan coffee dekat baju akak gara-gara taknak kemas rumah. Whatever it is, I love you soooo much sis. Selamat ber-tua =) *thanks for all your opinion last night. I really appreciate it. 22 June Dear banchik, selamat hari lahir. Saya dah peluk cium tadi tu kira hadiah lah ea. Keke. Terima kasih kerana banyak melayan kerenah saya. Mendengar cerita, masalah saya. Walaupun kita sama-sama suka cerita excited gila. Awak sangat memahami saya. Tidak berkira. Penyelamat. Suka jerit-jerit, pijak katil, baling bantal kejut saya bangun. Selalu mengambil saya semasa di asrama. Kita suka menyakat dak kakcik sampai nangis. Bersengkang mata menyiapkan homework saya semasa saya kurang upaya. Temani saya jalan-jalan, tengok wayang, main futsal. Saya saaaayang dak banchik saya ni ha. HAHA. Selamat ber-tua =) *ingat, saya pernah selamatkan awak masa awak dirotan. Keke. |