Mimosa Pudica
ukhwah =)
May 6, 2011 14:21

Sebelum menginggalkan zaman kegemilangan, perkumpulan sesama sendiri haruslah dilakukan sebagai kali terakhir berjumpa dan mungkin susah mahu berkumpul sebegini lagi selepas ini.  Dan mungkin tahun depan baru boleh bertemu kembali.  Itu pun masih tidak diketahui, macam-macam boleh berlaku ketika itu.  Adalah menjadi kewajipan bagi kami untuk berkumpul sebegini setiap kali akhir semester.   


Kawan-kawan, walaupun banyak benda pahit manis yang berlaku sepanjang 2tahun kita bersama, benda itu semua adalah kenangan yang kita sendiri tak akan lupakan.  Semua itu membuatkan kita kenali diri masing-masing dengan lebih dekat.

Walaupun kadang-kadang, eyh bukan, selalu kita tak sependapat, tapi dengan cara itu kita jadi lebih rapat.  Masing-masing merasakan diri betul.  Itu adalah lumrah.

Pertemuan kali terakhir antara semua adalah perkara yang paling susah untuk dilupakan.  Geng basikal dah macam penganjur aktiviti.  Bertemakan hitam merah putih.  Bbq sampai ayam, kerang, sausage terbakar, nampaklah bekerja keras.  Game yang lucah-lucah.  Disini dapat lah tengok budak yang pemalu, tak banyak cakap dalam kelas jadi selucah yang mungkin.  Kehkeh.  Peluk-peluk seerat mungkin.  Shea, aku suka peluk ko.  Hikhik.  Konvoi beramai-ramai dari depan poli.  Walaupun cuaca sangat mencemburui kita, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

System pertukaran hadiah pun dah lain conceptnya.  Hadiah aku paling besar.  Kehkeh.  Terima kasih Audy dengan hadiah itu.  Zila, sorry hadiah tak seberapa.  Huhu.  Gerak kanan kiri.  Ucapan seminit yang sangat berharga.  Gelang penghargaan kelas yang comel, sesi bermaaf-maafan yang amat menghibakan.  Dan semestinya sesi bergambar yang menjadi kewajipan.


Terima kasih Aninie dan Huda yang sanggup menjadi CR class.  Melayani kerenah kitorang yang kuikuikui.  Halalkan semua ye.  I heart you all all DSK1,2,3,4/S1.  Jumpa kita di hari convocation tahun depan ye.  Insyallah.  Kepada yang akan mendirikan rumah tangga, jangan lupa jemput kitorang.  Still keep in touch. 
Assalamualaikum. =)


 super senior, i heart you <3




OLDERNEWER