last
April 29, 2011 13:36
Assalamualaikum Maybe, this is a long post. Firstly, tahniah diucapkan kepada yang terlibat kerana telah berjaya menamatkan pengajian selama 2tahun di Politeknik Port Dickson. Dulu masa baru masuk sem 1, nak cepat cepat habis belajar. Tapi bila dah akhir akhir ni, terasa kejap je masa berlalu. Banyak sangat kenangan. Paper terakhir, personality grooming. Walaupun frust dengan soalan yang keluar, tapi nak buat macammana kan, dah jawab pun. Terasa macam baru semalam daftar dekat blok N, dapat tingkat 3. Minggu MSK yang memang tak best langsung. Tapi masa tu lah baru tahu lagu Politeknik. Lepas tu setiap satu hanset mesti ada lagu tu. Kehkeh. Terasa semalam jugak daftar modul, duduk dekat dewan kuliah, berkenalan dengan semua classmate. Pergi balik class lalu susur gajah. Time polibriged je, laju masing-masing jalan nak kejar masa. Semalam lah jugak beli makanan kat café, liat nak pergi pi, sanggup duduk dalam gelap sebab malas tukar baju kurung. Picnic dengan budak mecky, awam. Overnight. Tertubuhnya ahli kelab. Kehkeh. Terjumpanya pakwe. Hekhek. Lepas ni dah takde nak duduk sebelah rumah rt lagi, nasik lemak lecturer, naik bus poli, makan dekat benteng pekan, cendol, pergi pantai jalan kaki pun sampai, tak jumpa dah orang pergi class naik basikal pink, orang pergi class pakai baju kuning kasut biru beg lingerie shop, pakai blazer, mandi pool time bosan, pasar malam carik roti Baghdad, tengok tv salji, presentation, project work, masak ramai-ramai, pergi butik BB, housemates supersenior otak semua pink, saiko orang, duduk canteen lama-lama perhatikan orang, jumpa salam sejahtera, menggelibak dekat downtown poli, bercanda depan unggun api. Masuk hostel pukul 5pagi. I’ll miss that moment. Lepas ni, takde dah orang nak rojer “Na, aku kat pd ni”. Sumpah benda tu semua akan buat aku rindu gila. Tak tau bila lagi nak datang Pd lagi. Kalau ada pun tahun depan masa convo. Itu pun kalau sempat, kalau grad. Insyallah. =) Port Dickson, banyak kenangan terukir. Pahit manis kelat masam. Kenal macam-macam jenis kawan, dari banyak negeri, loghat. Kenal dengan si pakwe. HAHA. Tak habis-habis. Disini saya ingin minta maaf jika selama ini saya ada/ banyak lukakan, sakitkan hati, atau apa-apa je dekat semua orang. *cehh, bajet nak pergi merantau jauh benar. Melaka je pun. POLITEKNIK PORT DICKSON AND DSK4S1 IN MEMORY. HASTA LA VISTA. =) kepada megu, terima kasih bagi pinjam calculator untuk the whole sem ni. nanti aku pulangkan ye =) |