Mimosa Pudica
Homesick
April 1, 2011 21:51

Hey, awak ingat awak budak berumur 12 tahun ke? Awak dah almost 20 tahun lah.  Tak malu ke nak homesick ni.  Hmmm, tak tahu lah lately ni rindu je kat rumah.  Seluruh seisi rumah.  Hari-hari mesti call.  Mesti nangis.  =,=  Nak balik boleh je, bukan jauh pun tapi tu lahh exam kan.  Tahan lah diri tu.

Walaupun dah dibiasakan berdikari sejak form 1, tapi kadang-kadang terdetik jugak hati ini perasaan rindu.  Ye lah, manusia kan.   Masa form 1 dulu, cikgu bm aku selalu cakap budak asrama ni mak bapak dia tak sayang dia, tak sanggup nak bela dia lagi, that’s why mak bapak dia hantar dia duduk asrama.  Aku sebagai salah seorang budak asrama, terasa jugak.  Tambah pulak masa tu mengalami homesick yang teruk.

Aku pulak kira bernasib baik kerana ada abang dan kakak yang satu sekolah dengan aku.  Sekurang-kurangnya aku tak ada lah sunyi sangat.  Malam-malam pergi dorm kak cik, pagi tengahari jumpa bangcik.  Aku fikir, cikgu tu memang anti aku sebab aku selalu tak ambil endah apa dia cakap.  Ye lah, dia cakap slow sangat, orang yang duduk belakang sekali memang harapan lah nak dengar suara dia.

Pernah sekali dia marah aku sebab amik kertas ujian Iqmal dengan Kechik.  Padahal Iqmal memang suruh aku amik kertas ujian sebab dia tak datang, ada game volleyball.  Yang Kechik punya pulak, hmmm errrr hmmm memang aku saja amik sebab saja nak kacau dia.=_=  lepas tu modal dia tak habis-habis budak asrama.  Sampai kadang-kadang aku jadi marah dekat mak bapak aku.  Kenapa tinggalkan aku kat asrama.

Masa aku form 3, semua orang pergi dewan untuk meraikan pesaraan cikgu tu, tapi aku sorang je duduk dalam dorm sebab aku still lagi marah, berdendam dengan dia.  Aku taknak maafkan dia.  Teruk kan  =,=

Sekarang ni, aku tak tau lah kenapa.  Perasaan bercampur baur.  Masalah bertimpa-timpa.  Sabar ye nana.  Sikit hari je lagi.  Lepas ni awak dah boleh away.  Away from everything.  =)





OLDERNEWER