Mimosa Pudica
long ------> short
July 27, 2010 11:30
-----
-----
-----
------
------
------
-------
-------
-------
-------

Ahah! I cut off my hair. Because of….

Rodhiah called me indon ^_^

Uncontrolled hair fall. *macam orang tuo!

Kerosakkan hujung rambut yang menggelibak *effect bleaching

Nak buat curl, tapi atas nasihat Mun, tak jadi lah.

So, I cut it off. Full stop!

Buruk ea? I pun rasa buruk ouh, tapi takpe lah. Nanti dia panjang juga kan. Heeee.

Thanks lah juga dekat amoy saloon. ;p kerana berjaya mengutuk rambut I dan memotongnya sambil mengomel. teeheeT_T

“muka you macam cina-cina, you ada keturunan cina ke?”

“hahahha, nenek I cina. Tapi I gelap. huhuhu”

“ouh, patutlah. Mana ada, ok ja. You tau cakap cina?”

“tak tahu langsung. Teehee^_^.

“rugi lah, nanti tak dapat nak tipu orang”

“hahahah”

Pandai kau ajar ea. Hahahha

Till then. Daaaaaa. Mimpi manis tidur ketat ;p LMAO

*saya suka ;p

p/s : maafkan keblurran wc picasa ;p


kenapa perlu...
July 23, 2010 20:59

Sebenarnya tak ada benda pun nak post untuk entry kali ni. Tapi tangan aku ni gatal je nak menaip. Dah gian agak eh asyik menaip je surat boss. Korang nak baca ke tak nak ke, suka hati korang lah. Ni kan belog aku, so suka hati aku lah nak post apa, nak merepek apa. Satisfaction kan. Biarlah nak cakap aku buang masa ke buat kerja tak berfaedah ke, setiap orang ada cara tersendiri. Kau ingat memancing tu berfaedah sangat ke? Uppps, maaf dipinta jika terasa. Teehee*_*

Entry hanya berkisahkan 8 “kenapa perlu….”

1)Kenapa perlu orang cakap pelat-pelat ni. Macam, esok jadi ecok, makan jadi mam, balik jadi alik, penat jadi enat and what so ever. FUCK! Kau ingat kau cakap pelat-pelat ni, kau comel lah? Orang suka lah dekat kau. Eeeeyyuuuw, tidaknya. Mungkin bagi yang gemar cakap macam tu rasa diri tu stylo lah. Yelah, zaman kanak-kanak tak merasa cakap pelat kan.

2)Kenapa perlu bila orang cakap, “alah, anak bongsu, mesti manja, nak apa je mesti dapat” apa kau ingat semua anak bongsu tu manja ke? Boleh dapat apa yang dia nak ke? Tidaknya! Don’t judge a book by its cover.

3)Kenapa perlu ada blogger ke facebooker ke myspacer ke twitterer ke yang kalau shopping, hellooo Zara je kot, then display items2 yang telah dibeli dengan memberitahu harga skali? oh mmg perlu ea bagitau harga walaupun kasut baju Zara ko tuh RM199 je??? tak perlu kot kan??

4)kenapa mesti ada pemilik2 facebook dok bising "hey, i pening laa nak approve friend request i yang ramai nih..brapa ramai wey?? ramai laa...yer laa brapa ramai? nih haaa, dah 75 org i tak approve lagi...my goddddd ( qalqalah qubra kan selagi boleh !!), 75 je kot...hape ko hengat ko Fazura semua orang nak add n tau pasal ko? atau maybe ko fikir ko seniwati S.Mariam yang mempunyai anak bernama MAULANA?? takkann..soo stop being such a jerk!

5)Kenapa perlu bila aunty ke uncle ke daddy ke mummy korang beli untuk korang something, then heboh post status facebook “ I got this cute dress from my aunty at Bandung” ohmaigod! Lepas tu berduyun-duyun lah orang comment, like. Kau tau tak diorang menyampah sebenarnya? Lagipun Bandung je ke kau ingat ada benda alah tu? kat uptown pun boleh dapat lah.

6)Kenapa perlu cakap “arrrghhh, berpinar-pinar kepala. Tadi dekat club**** minum sekali 24 botol” kau ingat orang bangga lah kau cakap macam tu? Kau ingat kau hebat lah? Please lahhhh. Cam bodoh je.

7)Kenapa perlu nak cerita kat orang yang kau tak ada virgin? Lepas tu nak heret orang sekali masuk dalam dunia kau? Kalau orang tak nak ikut heboh cakap tak matured lah, tak cool lah. Hebat sangat ke kau? Dewasa sangat ke kau? Ingat kau cool ke buat benda tu semua?

8)Kenapa perlu nak kutuk-kutuk baju orang tu tak lawa lah, kelakar lah tahpape lah. Lepas tu kau sendiri pinjam baju tu or ko sendiri beli baju tu. Lain kali kalau nak cakap tu agak-agak lah. Tak pun heboh comment, “kau tak sesuai lah pakai macam ni” habis kau pakai tu sesuai sangat ke? Cantik sangat ke?

Sekian 8 “kenapa perlu…” yang aku rasa annoying gila. Actually banyak lagi, kang aku sambung tulis kang memang berkulat belog aku. *tak ada kena mengena. *_*


Sarangheyo Sang Gemok! ;p
July 22, 2010 16:51
sang gemok dan sang kambing. teehee^_*

Saya rindu awak lah Sang Gemok! Saya rasa seronok sangat awak hari-hari call saya. Saya sayang sangat kat awak. Bagi saya awak my savior, my protector, my counselor, my consultant, my close friend, my sayangs, my girlfriend, my gemok and macam-macam my lagi lah. Dulu awak tak gemok, sekarang ni sangat gemok. Yelah, balik kerja je, dah tak payah nak kemas-kemas rumah sebab semuanya maid awak dah bereskan. Untunglah ;p

Saya harap sangat saya dapat husband macam husband awak. Gatal kan saya. Awaklah rakan menangis saya, rakan gelak saya. Semua rahsia saya awak tahu. Semua rahsia awak saya tahu. Teehee^_^ Sampai husband awak pun bengang bila kita cerita-cerita kan. Perahsia kan kite. Bhaahahah.

Bila saya ada masalah dekat rumah, awak cepat-cepat ajak saya balik rumah awak. Sebab awak tahu macammana perasaan saya. Tu sebab saya selalu duduk Johor ;p. Awak kan pelajar psychology. Lagipun awak pun pernah alami dulu macammana saya rasa kan. Tapi yang membezanya kita, awak time form 3 dah ada steady boyfriend sampai jadi husband. Saya ni? Tapi awak seorang je tahu taste saya kan. TeeheeT_T You know what I want. You always understand me.

Saya jadikan awak sebagai role model saya. Apa yang awak buat semua saya ikut. Sebab bagi saya awak sangat perfect. Macammana perangai awak, macam tu lah perangai saya. Tapi suara awak menyanyi sedap, saya tak. Awak cantik, saya tak. Awak pandai, saya tak. Awak rajin, saya tak. Awak pandai masak, saya tak. Awak main sukma, saya tak. :(

Dari dulu sampai sekarang, sebelum tidur awak mesti akan baca buku untuk saya. Bed time story. Lepas tu sebelum tidur mesti kita akan bergilir-gilir tutup lampu. Bila turn saya tutup lampu, saya saja je buat-buat tidur, ingatkan awak akan tutupkan lampu. Tapi haram! Tak akan. Awak sanggup kejut saya suruh tutup lampu. Sebab awak kata nanti saya naik lemak. Pastu tak fair. Pernah juga kita ambil overtime kan. Saya tutup lampu hari ini dan esok, lusa dan tulat awak pula. Heee, kelakar kan.

Bila saya beli apa-apa, awak mesti nak. Tapi saya dah tak nak dah bagi awak apa-apa sebab awak bukan hargai pun. Awak letak sepah-sepah. Marah saya kat awak. Tapi awak pandai pujuk saya balik. Akhirnya saya cair. Hahahha. Macammana kata awak, macam tu lah kata saya. Sama kan opinion kita. You to me are everything LOL;p

Bila nak letak nama anak awak, mesti awak akan tanya saya dulu. Then, saya lah orang pertama yang tahu nama anak awak. Betapa specialnya saya kan. *bajet. Saya rindu lah dekat mee hailam awak. Saya sanggup tunggu awak balik semata-mata nak awak masakkan mee hailam untuk saya. Even mak saya masak pun saya tak nak. ;p

Time awak belajar dekat sabah dulu, saya sedih sangat. Tapi hari-hari awak akan call saya. Mula-mula saya nak juga merajuk dengan awak, tapi tak jadi sebab awak tau macammana nak pujuk saya. Kalau awak tak call saya, saya yang akan call awak. Seronoknya saya ;p time sekolah rendah, sebelum pergi sekolah, saya mesti kejut awak untuk ikat rambut saya. Awak ikat rambut saya guna getah rambut warna merah. Jadi, saya pun kena denda dekat sekolah. Awak memang suka buat macam tu. Heee;p

Awak try to diet. Awak tanya saya dulu. Then saya pun cakap go ahead mak buyong. Tapi diet awak hanya bertahan 2 bulan je. Lepas tu awak give up. Takpe takpe, walaupun awak gemok, saya tetap sayang awak. See, saya pun dah gemok macam awak. Yeay, kita gang. Teehee^_*

I love you so much Kak Ruby ;p

*kalau awak baca entry ni mesti awak terharu kan. Heeeee LMAO;p

cantik juga saya make up kan awak kan ;p
dalam pantang pun sibuk je nak ambil gambar dengan saya. LMAO;p

overtime is very annoying ROFL;p
July 21, 2010 10:43

When I reached at office yesterday, as usual I’m late. Then, I got a memo. “anda dikehendaki kerja lebih masa pada hari ini” WHAT??? Overtime??? Damn!

“What for?”

“For the preparation of a seminar tomorrow.”

“Oh, okay!” *sigh

“But not only you, its all of us”

But you all can claim, me? I only get my allowance RM10 each day! No extra for overtime.

I’m quite busy. Lots of work waiting to settle by me. But, I like it. At least I have something to write on my report book.

“Nana, at 5 you can go back and come back here before 8”

And I follow the instruction. I made all the work. Quite tired.

But I enjoyed it. Because I’ve lot of friends to help me. Thanks to Abang Faizal, Abang Yaakob, Abang Hamid, Abang Hamidi, Ustaz Hafiz, Ustaz Zaki, Hj. Shahrin. You all really funny. ;p

“6 bulan Nana duduk sini memang gemuk dia”

“Bukan 6 bulan, baru sebulan pun dah gemuk”

Laugh.

Tik tok tik tok 10.30p.m.

“Okay Nana, you can go back. Don’t forget, tomorrow before 7.30”

“Orait Sir”

Punch card.

I’m arrived at home. Texting texting texting with AWAK. Then, zzZzZzZzZzZz

Today, for the first time I’m arrive at 7.30 a.m. Wow, very early right? Bhaahahah. then straight go to auditorium and handle the registration + emcee.

Till then. Bye!

+ I like guys who wear a braces ;p teeheeT_T LMAO

+ Awak, saya macam suka je dekat jam roxy tu heeeee;p

+ My english sucks.im trying. better than not doing anything. XD


Routine
July 20, 2010 10:12

Hari ini dah mula dah hari baru untuk minggu yang baru. Selalunya, bila hari Isnin je, mesti orang macam malas je nak pergi kerja. Yelah, sebab weekend lagi best. Sebenarnya lah kan, pergi kerja lagi penat dari belajar kan. I realize it when I am started my industrial practical. Baru rasa macammana pengalaman bekerja. Bangun sure kena awal, sebab masuk kerja pukul 8 pagi, bagi government lah. Kalau private on 9 I think.

Balik pula, pukul 5. Tapi kalau yang ambil OT (overtime) ke, banyak kerja ke, mestilah balik lewat kan. Tu belum lagi on the road. Dengan terrific jammed lagi. Memang masak lah kan. So, sampai je kat rumah dalam keadaan yang sangat meletihkan. Ada yang jenis workaholic pula, siap bawa balik lagi document kat rumah. Gilek ah!

Kalau badan pun dah letih, lepas mandi, solat, tengok tv pun sekejap je. Tu pun kadang-kadang tv yang tengok kita. Teehee^_^ Then, tomorrow and so on we follow the routine as usual. Weekend jelah hari untuk kita rest. Itu pun kalau hari Sabtu tak kerja. Usually, Sabtu pun kerja tapi half day lah kan.

Tapi yang menjadi problemnya sekarang, time rest tu lah bagi yang berkeluarga kena bawa anak dan isteri pergi holiday, jalan sana sini, shopping. Pity *sigh. Bagi sang suami lah kesian, yelah dia penat bekerja hari-hari, weekend jelah masa untuk dia restkan minda dia. Tapi kena pula layan kerenah anak dan isteri. Kalau jenis isteri pula fulltime housewife lagi lah, kalau tak bawa berjalan kesian pula, dia dah lah tak pergi mana-mana. That’s why in marriage we need to tolerant and understanding. Give and take is very important. *kau merepek apa ni sampai bab-bab kahwin pun terkeluar! T_T. Bukan apa, kadang-kadang terfikir juga kan about our future.

In the other case, ada orang yang ambil PJJ (pengajian jarak jauh) Yang tu lagi kesian, weekdays dah lah kena kerja, weekend pula kena pergi kelas. Yang dah kahwin tu kesian lah, yang bujang tu okay lah sikit tapi sama je, tak dapat lah nak bersosial dengan kawan-kawan ke, berdating dengan girlfriend/boyfriend.

Fyi, actually kerja indoor yang macam dalam office, duduk dalam aircond tu lagi penat tau dari orang yang kerja outdoor macam turun site and so on. Do you know why? Because, orang yang kerja dalam office je tu dia tak nampak dunia luar, tak kena pancaran matahari. That’s why rasa penat je berbanding dengan orang yang turun site tu. Memang lah panas, tapi panas tu tak memberi kepenatan yang maximum. *I nak register jadi motivator lah. Tak ada kena mengena T_T

So, the moral of this story is….. hmmmm, entahlah. Saya pun tak tahu. Saya tak ada pengalaman lagi. Teehee^_*. Dah lah, dah melalut apa tah aku ni, lagi panjang entry ni, lagi banyak lah ko menulis.

Bye.

Apakah comment anda? Hantarkan sms ke 33333. Okay merepek! Shut up! T_T

p/s : boleh tak kalau tak nak kahwin? *Tiba-tiba.


ECLIPSE
July 18, 2010 07:51


Finally, saya dapat juga tengok ECLIPSE. Peduli lah orang nak cakap lambat ke, rugi ke. Yang penting saya nak tengok juga. Layan bha kalau kau! *bahasa baru ^_* Dan nak tau tak saya tengok dengan siapa? Jeng jeng jeng. Walaupun saya tahu anda semua tidak terasa gementar, tapi demi saya tolonglah terasa gementar sedikit. Teehee. *raih simpati. P L M

Jikalau anda semua ingin tahu, sila click disini ;p (make sure right click okay and open link in new tab) (lepas click baru anda dibenarkan baca the next paragraph okay)

------

------

------

------

-----

------

------

------

------

------

Hahahahahah *gelak terguling-guling. Padan muka. Oh, stalker juga kamu semua ya. Teehee^_^. Takpe2, saya tak kesah.

Okay2, kali ni betul. Silalah click disini ;p (and as usual right click okay and open link in new tab) (lepas click baru anda dibenarkan baca next paragraph. Kerjasama anda amat dihargai, terima kasih)

-------

-------

-------

-------

-------

-------

-------

-------

-------

-------

-------

-------

Ha! Terkejut tak? Saya tengok dengan CAPENG tau. Wah, sangatlah seronok! Tak dapat nak pamerkan kegembiraan yang terpancar. Hahaha. *over benar ni

Terima kasih CAPENG kerana membelanja saya segalanya, terima kasih juga kerana menjadi body guard saya dan juga tourist guide saya. *nama je orang Melaka aku ni, tapi tak tahu jalan. TeeheeT_T. terima kasih yang tidak terhingga juga kerana memberi peluang kepada saya mencuba kerusi urut tu walaupun hanya 3minit sahaja. Sakit buntot aku! Hahaha. Pembelajaran bahasa Sabah juga dihargai. Kehilangan card auto pay akibat kecuaian Capeng.Perkongsian mee sizzling juga sangat best! Bowling yang tak jadi. Plink plink ^^

Saya berkesempatan berjumpa dengan PEAH di sana. *Peah, jangan kantoikan pasal perkara memalukan itu ya. Sayang kau. Hahha.

peah & daus AF

Artis AF pun ada. *saya tak tengok pun, Capeng tak berminat.

Saya juga terserempak dengan ramai kenalan saya, termasuklah Joanne, Hakim dan juga Yuslinda. *terkejut kancil saya dibuatnya. Kantoilah saya keluar dengan Capeng. Siap Joanne nak call Suhana lagi nak bagitau. Hahahha.

Sekian terima kasih.

p/s : Aisyah, maafkan saya atas panggilan hangit tersebut. Itu adalah angkara CAPENG! Pergi marah dia sekarang juga. Teehee^_^

Suhana, orang rahsia itu adalah CAPENG. Bukan DAUD. Ini pun angkara CAPENG juga. Hahaha




Maksiat
July 15, 2010 09:47

Dalam paper Berita Harian hari ini ada berita mengisahkan REMAJA BERASMARADANA DI BELAKANG MASJID DI MASJID TANAH. Ha, cepat check paper. Dah, tak payah nak susah kan diri cari benda tah pape tu. Teeheee T_T

Boss : Nana, awak pergi buat tinjauan malam ni. Menyamar.

Saya : (terpana)… saya ke?

Boss : yelah, macam pencegah maksiat tu.

Saya : eerr errr errrr… (speechless)

Penyelia : tak pe lah, dia baru lagi. Nanti dah lama-lama baru kita bawa dia.

Saya : (fuuuhhh, selamat)


AMER NASRU
09:26

Before Amer Nasru fly to Jordan, macam biasa mestilah jumpa kan. Yelah, nanti dah jauh mestilah susah nak jumpa. Walaupun dah setahun benda ni, tapi saya nak juga cerita. Ini kan belog saya, suka hati saya lah. Teehee ^_*. I really miss this moment. Walaupun kenal Amer tak de lah lama sangat, tapi kami boleh rapat. Kan Amer kan. Teehee.

Time pergi Sunway Lagoon dulu, Aisyah ada jumpa Acap, akrabnya mereka. Jealousnya saya. Tapi nak buat macam mana, time tu Amer jaoh sangat. Takkan nak panggil dia balik semata-mata nak jealouskan Aisyah kan. Ngeee~

Suhana pula dengan Megu. Wah, siap pergi tengok wayang sama-sama lagi. Tu tak heranlah sangat kan, tapi tengok wayang sampai dua kali dalam masa satu hari. Pergh, gila lah! Sanggup tu Megu turun Seremban. *teringat kisah SWETER. Plink plink

Bila lah Amer nak balik ni……

Boleh ke lagi nak jumpa macam dulu-dulu?

Yelah, Yana dah buzy kerja dengan Mak dia, Syakila dengan Adik dah kerja dekat KFC, Adik Daimah pula dah ada komitmen lain, hot mama lah katakan, Naja pula dekat Jengka, Aman pula dah out of service. Nana? Mestilah dekat JAIM! Dah2, tak payah nak gelak berdekah-dekah. Tak kelakar langsung! Heeee.

sangat sedap
Amer, cepatlah balik! T_T





OLDERNEWER