|
time to jogging
June 27, 2010 08:42
Mari berjogging bersama saya dan Nurul Idzwanie. Heee^_* Setelah sekian lama menTERNAK LEMAK, akhirnya terbuka juga hati untuk menghapuskannya. Sangatlah penat + sakit kaki *kerana tidak warm up, terus lari je. Excited terlebih. Ambik kau! Mencungap. Hahaha. Tapi ada seorang aunty ni cakap “you dah kurus pun nak jogging lagi ke?” terima kasih aunty diatas statement palsu itu. Aunty tak perasan lemak yang terselindung macammana. Memang boleh bunuh diri lah. Teehee^_* kasar gurauan itu. Esok jog lagi ye Wanie. Seronok pula lari-lari dengan jejaka-jejaka tampan yang peluh penuh di seluruh anggota. Eeeyyyyuuuww. Hahhaa. Nasib baik tak kena langgar dengan buggy yang comel gila tu. Nak naik tapi mahal sangat. Bak kata Wanie, baik takyah kuruskan badan macam tu. Betul juga tu. teeheeT_T Jadi, untuk kuruskan apa-apa yang berlipat di badan anda tu, tak payah lah beli pil kurus ke, atau apa-apa lah yang memang ada sekarang ni. Jog lah hari-hari, tak pun time free. At least dapat juga keluarkan peluh. Tapi kalau dah tak tahu nak curahkan duit tu kat mana, beli je lah tak kisah pun. *baik kan Nana ni. heee ^_^ Diary ku C Pathetic siri 5 ;p
June 26, 2010 07:17
Kring kring kring. Argh, bosan betul hari-hari ada bunyi ni. Mengeliat, bangun sambil mata terpejam, ambil towel, susun teddy(sambil menutup mata, dah tahu position), buka pintu. Duduk termenung dalam bilik air. Kira-kira lima minit baru memulakan langkah bila fikirkan balik hari ini hari JUMAAT. Yeay, hari yang ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan DSK2/S1. Esok dah boleh tidur puas-puas tanpa mengalarmkan jam. *ayat kau, tah pape lah!
Sampai di tempat kerja sambil terketar-ketar. Dijemput untuk breakfast oleh abang-abang ni di pantry. Abang Faizal bawa nasi goreng dan rambutan lagi. “eyh Nurul, jom makan” kata Ketua Bahagian Takmir kepada saya.*memang seronok banyak-banyak nama ni. LOL;p Rezeki jangan ditolak Na, makan je, abaikan pasal nama tu. Teehee^_^. Okay, sambung kerja. Masukkan surat dalam sampul, lekatkan setem, tulis alamat satu-satu. Yeay, lepas ni nak tukar course postman. Sound interesting. ROFL ;p Boss tanya saya “maksud BULAN dalam bahasa ARAB apa Na?” jawapan yang pastinya anda juga dapat menjawab adalah, semestinya GELENGAN. Tahu tak macammana? Alaa, yang kepala kekiri dan kekanan banyak kali tu. Dalam erti kata lain, “manalah saya tahu” Hari ini lunch lama sikit 12.15-2.45. Jadi dah tak tahu nak buat apa, aku lunch dengan Mun. Rasa macam excited gila nak jumpa dia. Padahal tempat yang sama. Mun pula text “Na, aku rasa macam tak sabar gila nak jumpa kau, macam dah lama tak jumpa” teehee^_^ samalah dengan saya wahai Murni. Jumpa di pak guard, melompat-lompat, menjerit-jerit macam dah bertahun tak jumpa, hilang dah kesopanan dan kesusilaan. Teehee^_*. Arah tuju kami…. KELUARGAKU! Hahha, nama memang lah tak commercial, tapi try lah masuk. Gilek ah! Rambang mata siot. First time tau kitorang masuk situ setelah sekian lama duduk di Melaka, Mun lagi lah, sejak lahir. Aku boleh dikatakan pelancong lagi. Heeee T_T On the way nak pergi KELUARGAKU tu, tiba-tiba ada satu nombor public ni call tau, aku pun angkat lah kan, rupa-rupanya si SUHANA. Hahha, kesian lak ai dengan dia, macam tak ada arah tujuan. Pergi lah main pool sorang-sorang. Hahaha. Lepas lunch, kembali kepejabat dan selesaikan report untuk minggu ni. Yelah, hari ini hari last Nana di bahagian pengurusan masjid. Jadi kenalah, siapkan report untuk disemak oleh Ustaz Azli. Tapi ustaz buli saya, dia suruh datang hari Isnin.(buli ke tu?) *Nana pun buatlah muka seposen minta simpati. Dah biasa kan. Teehee^_*. Abang Din kata “ustaz tak nak lepaskan Nana tu” tapi jangan risau, kan saya dah kata boss saya baik, jadi dia dah tandatangan semua report saya. siap puji lagi. Ya, mestilah kembang semangkuk. Heee ^_^ Punch card sambil mengucapkan selamat tinggal kepada semua dan pulang dengan senyuman yang tak dapat digambarkan kegembiraan yang terpancar di sanubari. *sangat hiperbola kan ayat aku. Berakhir lah sudah Diariku C Pathetic 5 siri. Seronok juga syok sendiri ni kan. Haha. *bahasa Melaka aku makin pekat. Teehee^_* Diary ku C Pathetic siri 4 ;p
June 24, 2010 21:06
Hari seterusnya. First time Nana datang awal. Semua staff terkejut. Hello, teruk sangat ke saya sampai nak terkejut! Sampai je terus gedebak dia bagi kerja. Ambik kau! Tak sempat aku nak bernafas sikit. Bagi lah aku peluang nak beramah mesra dengan staff bersongkok itu dahulu. Teeheee ^_* Boss panggil saya. Upps, bukan suruh buat air okay. Suruh saya draft surat. Hah, tercengang kau! Lepas tu dia suruh call syarikat NSTP. Hah, tergagap-gagap kau cakap omputih. Heeeee^_^. Lepas tu dia tanya aku macammana nak buat surat banyak-banyak dalam satu masa. Aku pun apa lagi, dengan pengetahuan sedia ada, “mail merge lah ustaz” “ha, mail merge, okay awak buat 70 surat menggunakan mail merge. Ambil thumb drive saya ni, ada alamat semua yang awak kena hantar nanti.” ???@#$%^&*(), apa benda aku nak buat ni. time kelas En. Siri ko main-main, siap surf internet lagi. PADANLAH MUKA!” Aku bermonolog di dalam hati. Time tu baru lah terhegeh-hegeh text suhana dan murni. Hahaha. Tapi boss saya baik, dia banyak membantu saya. terima kasih wahai incik boss :). Bila dah pukul 4.30 p.m tu dah settle dah semua kerja. So duduk je lah borak-borak dengan abang-abang ni. Terbuka lah cerita yang minggu ni last aku kat department tu. Boss aku lah paling kecewa sekali *perasan betul kau ni Nana! Dia boleh cakap lagi, “saya baru nak lantik awak jadi PA saya.” hahha, relax lah incik boss, saya praktikal baru. Teehee. ^_^ Dah lah, mak aku dah menjerit-jerit suruh turun makan. Nanti lah sambung balik ea. Bye semua ^_^
Diary ku C Pathetic siri 3 ;p
20:27
Hari ketiga praktikal. Macam biasa Nana datang lambat lagi. Tak boleh ubah lah habit tu. Dah tersemat dalam hati. Teehee^_*. Hari ini merupakan hari selekeh Nana ye. Tak tahu lah kenapa. Memang selebet gila penampilan aku. Kalau Aisyah tahu lah ni. Mesti dia marah. Heeee maaf Aisyah ^_^.Hari ni aku tak banyak buat kerja. Sampai-sampai je, terus Hj. Shahrin belanja breakfast. Dah hujan-hujan macam tu memang lapar lah kan. Apa lagi makan lah, sampai kenyang. Bukan senang orang nak belanja ni. Sekali lagi saya sebut HAJI okay. Betapa mulianya kehidupan saya sekarang. Teehee^_^. Kerja pula, tak banyak sangat lah nak kena buat. Sikit-sikit je, tapi kena daftar surat keluar masuk. Ala, yang kena guna pen merah pen biru tu. Hah kau, time ni lah baru terkial-kial teringat balik macammana time belajar OM dulu. Tu lah, Puan tengah mengajar, ko sibuk tidur, berborak dengan SUHANA. Okay saya tahu salah saya. T_T Fail yang kena daftar tu tak ingat pula kan banyak dia. Memang dah setahun aku rasa dia tak audit benda tu. Memang sakit otak lah kan. Dah lah Nana dah jadi sangat pendiam apabila berhadapan dengan insan-insan baru tu. Heeeee. Takut lah nak tunjukkan perangai sebenar. Malu *geli tak? Lunch hour, tak turun lunch pun sebab kenyang lagi breakfast makan banyak. So, berfacebook lah kan. Seperti biasa mesti lah bergaduh dengan geng 924 tu. Dah biasa dah kena bahan. Dalam hati, rugi aku online time macam ni. Teeheee ^_*. *saya hanya bergurau, sila jangan mengambil hati. Selepas itu USTAZ Hafiz masuk, “Nana tak turun makan?” “tak, kenyang lagi” “ apa yang awak makan sampai kenyang sangat?” “heeeee” *sambil menunjukkan senyuman seikhlas mungkin. Kenapa saya caps lock kan perkataan USTAZ itu? Kerana ustaz okay. Jangan main-main dengan Nana sekarang. Teehee^_^ plus ustaz itu sangat handsome dan masih bachelor okay! Nana dah start flirting. T_T LMAO;p Dah nak balik tu, boss saya baru masuk ke office. Memang dia handsome clumsy lah. Hahah. Tergelak aku tengok dia. Pastu boleh lagi cakap “eyh, Dila. Muka awak dah ada jerawat lah” *bila masa nama aku boleh bertukar jadi Dila. Weird! Dan Abang Akop menjawab “ ustaz, Nana lah nama dia. Wah ustaz, perhatikan setiap darjah ye” maka boss pun menjawab “Eyh, Nana ea. Heeee *senyum kambing. Yelah, saya perhatikan je dia punya penampilan.” Persoalannya di sini, PERLU APAKAH? Yang penting kerja untuk hari ini BOSAN! Saya suka lagi pergi kelas. Maka, itu lah kesimpulan yang dapat diungkapkan daripada saya kepada kamu semua. Selamat membaca! *hahha, Nana memang syok sendiri. Kau ingat ada ke orang nak baca blog kau ni gila! Diary ku C Pathetic siri 2 ;p
June 22, 2010 21:08
Hari ini aku tak nak lah post panjang-panjang. Hari yang meletihkan. Tak pernah lah aku letih macam ni sekali, futsal & tinju pun tak sepenat macam ni. Sumpah pergi kelas lagi ok dari pergi kerja. Kat kelas boleh tidur, class cancel boleh tidur kejap. Ini langsung tak boleh, tak boleh nampak aku free sikit mesti ada je kerja nak suruh aku buat. Kadang-kadang kerja tu tah pape je, tapi dia suruh buat juga kan. Nasib lah, kau kan budak praktikal. Annoying gila!
Pagi-pagi lagi bila bangun tidur aku dah merungut, “lambatnya nak hari jumaat”. Dah lah hujan, orang lain lena tidur aku kena mandi, trrr trrr trrr *terketar-ketar. Pastu terrific pula jammed gila. And finally saya sampai lambat. Baru second day dah lambat! Sampai je ingatkan boleh lah rehatkan buntot kejap, rupa-rupanya dah kena bungkus hadiah untuk pelawat. Berkorban lah Nana. Cubalah ikhlas sikit buat kerja tu. Aku berniat nak puasa ganti hari ini, tiba-tiba ada pakcik tu pula bawa bekalan. Aku tak terluak pun nak makan kan, tapi dah semua orang pelawa, aku tak boleh kata apa lah. Kang diorang cakap aku ni sombong pula kan. So, terbuka lah puasa untuk hari ini. Teehee^_^ Lepas tu banyak sangat lah kerja aku kena buat. Memang lah buku laporan akan penuh dengan tugasan yang diberi, tapi penat dia memang tak ingat lah kan. Study time nak final pun tak stress macam ni sekali. Sumpah aku tak tipu! Lepas tu kena pula jadi penyambut tetamu untuk pelawat-pelawat tu. Hmmm, layan je lah. Sekurang-kurangnya dapat tangkap gambar. Teehee^_^. Okay sekali lagi nak cakap ustaz-ustaz pun gatal k! geli kot. Tapi suara semua bila menyanyi ke mengaji ke masyallah, memang boleh tidur lena aku. Sumpah sedap gila suara. Bos aku pun gatal okay! Hahaha. Actually banyak perkara nak cerita tapi aku penat lah. Nanti-nanti lah. Lagipun bukannya ada orang nak baca blog aku ni. Syok sendiri je. Biarlah. Aku suka, bukan aku kacau orang pun. T_T Gtg bye! *aku akan ditukarkan di department lain. Seronok+sedih+kesian+serba salah T_T |