uproarious, please stay away. *begs
December 21, 2010 18:48
"I'm going to smile like nothings wrong, talk like everything's perfect, act like it's all a dream, and pretend it's not hurting me." Mungkin keceriaan, gelak tawa adalah penawar dalam hidup. Boleh juga untuk menyembunyikan duka. Takkan dalam hidup sentiasa gembira je, kadang-kadang ada juga duka yang perlu disembunyikan. Kadang-kadang apa yang disembunyikan mungkin terpancar pada riak wajah, mungkin tidak disengajakan. Bukan untuk meraih simpati. Tetapi hanya memerlukan sedikit ruang untuk memahami dan menyelesaikannya sendiri tanpa pertolongan yang lain. Dalam hidup, ada turun naiknya. Sama seperti pusingan roda. Kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang kita dibawah. Semasa diatas, selalunya kita lupa dan alpa dan apabila kita dibawah, baru lah kita sedar hakikat sebenar. Lumrah kehidupan. Belajar hidup susah sekarang. Mungkin senang kemudian hari. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Suatu hari nanti kita akan sedar bahawa "ouhhhh, patutlah semua ni terjadi". |