Mimosa Pudica
special to Aisyah & Suhana
October 3, 2010 13:05

Aisyah, Suhana…

Saya sangat merindui anda berdua. Okay termasuk juga ahli kelab yang lain. Tetapi kamu berdua lebih lagi. Sangat rindu zaman bersama-sama dahulu. Zaman kita bergonjeng bersama. Setiap hari Khamis, saya dan Suhana pasti akan lepak dekat Blok B lepas Typing class dan selalu akan masuk lambat untuk Softskills class. Semata-mata tak ingat dunia lepak dekat Blok B. Tujuan utama adalah satu, hanya kami sahaja yang tahu. Setiap Khamis juga kita akan pakai baju yang sama. Beg Sunway yang sama. (beg Meg baru sebulan dah bertampal-tampal stapler, takpe dimaafkan) then akan tangkap gambar sama-sama.

Ada satu hari tu saya dan Suhana dipaksa keras untuk memakai baju keparat. Dan terpaksa pakai pada hari Khamis semata-mata untuk ambil gambar kelas. Masa tu, tak dapat nak lepak dekat Blok B sebab segan yang teramat. Bila lalu je dekat Blok B, mesti jalan laju-laju. Takut terserempak dengan Aisyah, Fuzuan dan Zulfahmi. Takut dibahan teruk si jalan bersepah jalan berlenggang lenggok memakai baju keparat dan heels yang tinggi sehingga mampu tersadung. Mujur semuanya berjalan lancar, dan hasilnya mereka tak nampak pun kami. Sanggup berlapar dahaga tidak pergi canteen semata-mata kerana memakai baju keparat. (kelihatan sangat anti, tapi takpe, sem 4 kami berjanji akan pakai baju keparat pada setiap Isnin dan Rabu) smile Ninie *tiba tiba.

Sejak nak dekat-dekat nak raya hari tu, kita dah macam jarang contact. Saya fikir mungkin kamu berdua busy, jadi saya pun ignore. Tapi saya rindu kamu. Jadi saya memulakan langkah mengetext. Macam sedih je ouh. Yelah, masing-masing dah ada boyfie, mungkin ada haluan masing-masing. Walaupun saya happy bila kamu semua bahagia, tetapi saya sedih juga sebab kita dah tak macam dulu. Adakah factor boyfie? Oh, mungkin tidak. Tak boleh nak salahkan boyfie, mereka tak salah pun. Kita yang salah.

Saya happy bila kita text, masih ada lagi sesi merepek. Kiranya kamu berdua masih seperti dulu, tak ada apa yang berubah. Saya suka. Suhana, saya rindu nak tolak-tolak kepala dengan kamu, record-record suara masa Shorthand & Trengkas, record video perenang Malaysia, si kelahap makan, jangan tonggek kedepan, tergolek masa main buaian depan koop(keadaan yang sangat memalukan, jatuh saham aku) teehee, gaduh gaduh pasal lagu (cah, aku nak ah video tu) and so on. Aisyah, saya rindu dengan toto kamu. Dah ada katil sendiri, tapi menggedik nak tidur dekat toto, konon-konon sejuk, sesi bergulong, rindu nak tengok kamu kelam kabut menyiapkan assignment, make up kan saya konon-konon persediaan untuk li padahal saya tak praktikkan pun dekat jaim tu, mengajar saya makan roti Baghdad, menangis dekat kamu bila tak dapat honey star dan kamu telah memujuk saya dengan membeli honey star yang besar teehee and so on.

Btw, saya ada beli kan kamu berdua monyet sepeninggalan saya ke Pulau Pangkor hari tu. Dengar cerita borang keahlian semakin berkurangan, mungkin ada yang berminat untuk register menjadi ahli kelab. Siasat dahulu latar belakang dan menepati terma dan syarat keahlian okay. HAHA. Takut nanti keahlian bertambah, kereta pulak tak muat untuk angkut semua ahli kelab. Tak pasal pasal kena sewa van. Lari budget weyh. HAHA.

Dah dah, panjang benar entri ni. Ada gak yang melalak kang.(berkata kepada diri sendiri) HAHA.

Salam perantauan dari Iceland 4G. (Aisyah je faham). Sent my regard to Naning, Megu & Capeng k. HAHA (aku kan duduk Iceland)






OLDERNEWER