Mimosa Pudica
pangkor island a.k.a pulau pangkor
October 12, 2010 19:49

Post ini sepatutnya dipublish lama dah. Tapi baru nak publish. Takpe lah, belog aku kan. Okay start.



Untuk yang tak tahu berapa kali ke Perak lagi. But the most memorable, mewakili konon-konon kebangsaan sempena ASAT atau konon-konon nak berlagak, Anugerah Seri Asrama Terbilang. Nama nak gah kan, padahal Negeri Sembilan langsung tak menang apa-apa game okay! Itu kenyataan yang harus dibanggakan. Yang penting, muka mesti bajet hebat+berlagak. Itu sudah cukup menggerunkan pihak lawan. Dan apabila game start, semua mata akan tertumpu kepada pihak Negeri Sembilan dalam keadaan yang sangat kagum dan… kedepekk! Main macam SUAL! Itu juga adalah kenyataan yang mesti diambil tahu ye pembaca sekalian. Moral : tak payah nak bangga sangat konon-konon sekolah sukan tu. (kasar benar kutukan tu) -_- Tetapi pasukan sorak Negeri Sembilan masih boleh dibanggakan. (cover kutukan)



Kenyataan yang mesti diberitahu lagi adalah, tujuan utama mewakili konon-konon kebangsaan ini adalah kerana ketebalan sifat kemalasan untuk menghadirkan diri ke sekolah yang konon-konon stress. Biasalah tu, rasa-rasanya semua orang mengalami situasi yang sama kan. Akibat dari ketidakhadirkan diri ke sekolah selama seminggu itu, telah menyebabkan masing-masing dibebel dengan sangat dedikasinya oleh guru-guru yang sangat tidak bersetuju mengapa memilih pelajar tingkatan 5 untuk mewakili kebangsaan disaat-saat peperiksaan spm semakin hampir.



Begitu juga dengan saya, telah dibebel+diperli dengan sangat teruk oleh Cikgu Sabariah a.k.a guru Kimia kelas 5Durah dan 5Melewar. Tetapi cikgu, keputusan spm subject Kimia saya masih boleh dibanggakan lagi. *clap.


Pasukan bola sepak yang diwakili oleh sekolah saya a.k.a kebangsaan (kebangsaan lagi. Bllluuueek!) mengalami kekalahan yang sangat teruk yang boleh memalukan sekolah kerana tidak pernah tercatat rekod seburuk itu selama ini. Ini adalah berpunca daripada konon-konon apabila mengimport pelajar outsider pasukan akan menjadi bertambah hebat. Itu adalah kenyataan yang sangat tidak benar. Penyesalan berlaku. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar hostel yang tersangatlah hebat telah terpilih ke Sweden sama tarikh dengan berlakunya ASAT. Akibat tidak mempunyai pilihan lain, terpaksalah memilih pemain konon-konon hebat itu. Manakala saya pula berasa sangat gembira apabila pelajar outsider terpilih mewakili ASAT kerana adanya Abang Gig. Itu adalah kenangan zaman lampau yang sangat menggelikan. Eeeyyuuww! (dalam hati berdetik, kenapalah bengong benar aku dulu kan, okay kanak-kanak lagi. Menyedapkan hati)

sebelum memulakan langkah. dorm sangat panas!

kelihatan seperti menyembunyikan kekecewaan

inilah pasukan yang digembar gemburkan.

dari kiri bawah : nasrul, acap, drogba, hery, tak ingat, suek

dari kiri atas : born, zulzul, prasad, adib, aman, tak ingat

Dah dah, tak usah dikenang zaman yang telah berlalu. Sebenarnya, tujuan utama mengutarakan entri ini adalah untuk menceritakan serba sedikit mengenai pemergian saya bersama-sama dengan sebahagian kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid, JAIM ke Pulau Pangkor minggu-minggu lepas. Mengapakah sebahagian? Ini adalah kerana terdapat sebahagian lagi kakitangan yang tidak dapat melibatkan diri dalam lawatan itu diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.



Perjalanan mengambil masa selama 6jam. Kematu buntot weyh. Perasaan yang dapat digambarkan adalah, bolehlahhhh. Tapi kalau pergi dengan kawan-kawan mesti lagi seronok. Tambah pulak kalau dapat pergi dengan awak kan awak kan kan kannn. Tak perlu melalut. Sekian saksikanlah gambar-gambar ini. Tak banyak yang diambil kerana kekurangan mood bercuti.

nana memang penyayang^^

70% saya bagi discount ^^

Mood : harus memulakan penulisan report secepat yang mungkin kerana masa sedang mencemburui.

Pssst : harap maaf Diah kerana tidak dapat menghadirkan diri ke keterbukaan rumah anda, tetapi saya sudah mewakilkan Tarzan Sexy lagi Anggun. Terima kasih Puan Zen. Pemujian yang terlampau harus diberikan untuk mengampu si duit berkepok.


Salam 1 Malaysia. *tiba-tiba.





OLDERNEWER