Mimosa Pudica
experience
October 10, 2010 00:37

Situasi I

“Nana, ambil semua fail ni, saya nak awak settlekan SISMIM kalau boleh hari ni jugak”

“Pergh, ingat sikit ke? Mana mampu saya nak buat sorang-sorang”

“Boleh.”

“Okay” *sigh.

“Nana, jaga office, kitorang semua ada mesyuarat 5S.”

“Okay” *sigh again

“Nana, jangan lupa buat sijil untuk kursus pemandu pelancong next week”

“Hah? Sekarang ke?”

“Yup”

“Kan saya ada banyak kerja ni”

“Kena buat juga, sebab before ni awak yang buat kan, so awak sorang je tau macammana nak buat”

“Hmmm, okay” *sigh again and again

“Nana, dah tinggalkan semua tu, tolong abang isikan surat ni dulu. Kena pos hari ni jugak.”

“Kite ada kerja ni bang.”

“Takpe2, buat ni dulu. Yang ni lagi penting”

“Hmmm, okay.” *mata dah mula berkaca.

“Nana, tolong potong semua alamat. Abang nak pergi makan dekat penguatkuasa kejap”

“Hmmmm okay” *cuba menahan panahan mata berkaca

Situasi II

“Na, jom makan”

“Takpe lah kak, malas nak makan”

“Eyh, jom lah. Peliknya. Selalunya Nana lah yang paling cepat bab bab makan ni”

“Takpe lah, akak pergi lah dengan diorang semua, kite ada banyak kerja ni”

“Betul ni? Akak pergi ea”

“Okay” *kaca bakal pecah. LAPAR ;(

Boss duduk sebelah, “awak kan praktikal, memang kena banyak kerja”

“Saya tau lah, tapi jangan lah bagi sekaligus. Ingat saya ni robot ke? Mana mampu semua kerja saya nak kena buat. Sediakan makanan mesyuarat saya, panjat2 tangga saya, 5S semua saya kena buat, pc semua saya kena handle, telefon saya je yang kena pick up, surat saya kena buat, sijil saya kena buat, bersihkan tandas VIP pun saya, beli barang2 pun saya jugak, SISMIM saya kena settlekan, surat yang kena pos pun saya. Apa guna staff yang lain. Duduk mengadap facebook je” *amik kau, panjang jawapan aku. Ye, air jernih sudah mula mengalir.

“Nana tak pergi makan ke?”

“Dia merajuk dengan saya” boss

“Mana ada lah”

“Peliknya, selalunya bab bab makan ni dak Nana lah yang paling laju sekali”

Situasi III

“Na, tau tak. Tadi akak sayang Nana tu mengutuk Nana kat mesyuarat, tapi macam biasa lah semua mana nak caye cakap dia tu, bila cakap nak panggil Nana je, terus kelam kabut dia”

“FUCK” *dalam hati

“Nana, saya janji tak akan buli awak lagi, jangan serik tau. Jangan nangis lagi tau” boss

“Saya dah malas dah nak duduk sini, kalau boleh next week saya nak blah dah. Duduk kat sini pun asyik kena fitnah je”

“Okay2, lepas ni saya tolong awak buat kerja okay”

Hah, tau takut. *tergelak kecil

Thanks to Abang Faizal & Kak Taqiyah kerana memujuk saya. Saya dah boleh tergelak macam biasa bila kamu buat lawak.

Thanks to awak kerana mendengar cerita saya. Dah puas dah saya nangis semalam. Teehee^^

Pssst : tak sabarnya nak 19 November. ;(





OLDERNEWER