Mimosa Pudica
The Gadis ;p
September 18, 2010 03:06

Jalan raya bersama-sama adalah satu perkara wajib setiap tahun. Aku ingatkan tak dapat ouh join korang tahun ni, almaklumlah bekerjaya. Blluueeekk! Terima kasihlah kepada Malaysia kerana memberi cuti kepada semua. *tiba-tiba. Seronok gila ouh. Sumpah tak puas jumpa korang semua. Rasa macam nak masuk sekolah balik, duduk hostel, buat hal balik. Teehee^^

Tapi Fatihah, Nabila, Madan, Bieha tak ada lah. So, tak cukup korum. Takpe lah, next time kita plan betul-betul k. Lokasi beraya juga macam biasa lah, just tiba-tiba terfikir nak pergi rumah Apek Zaim kan. Dah alang-alang dekat TTJ tu, so singgah lah kejap kan. Konon-konon nak buat surprise kat Apek kan. Hahaha, surprise lah sangat. Eyh, tapi kan korang, tergamam jugak lah aku tengok Dak Apek time aku bagi salam tu. Syabas beteh! Teehee^^

Aku rasa puas ouh dapat bahan si Tarzan gila tu. Seronok tak terhingga. Selama ni dia je bahan orang. Amik kau, bertubi-tubi kena dengan aku dengan Diah. “alaaa ciannye anak mama ni” hahaha FCUK! Tapi kau game aku memang macam clake lah pulak kan. Aku pulak memang macam tiang lah pergi percaya. Bengong, sesat sampai ke KL. Bodoh gila ouh. Aku pulak lampi boleh percaya. Menipu benar lah dak tarzan ni tak tau jalan TTJ kan. Berhenti jadi orang lah! Nasib baik aku pandai game kau balik. (bajetnya aku, padahal semua tu idea Diah) heeee^^

Tunggu mak datin mak datin ni datang memang boleh tidur lah dekat rumah Naja tu, nasib baik aku ni penyabar, tak marah langsung. Okay, aku perasan. Teehee^^. Konvoi 5 kereta memang terbaik lah kan, maklumlah semua dah ada lesen kan, bawak pun macam nak masuk F1. Nasib baik Kundur tak banyak kereta. Rindunya nak rempit dekat highway Kundur tu weyh!

Bbq dekat rumah Apis aku tak sempat nak rasa weyh. Gara-gara hantar Dak Mai lah ni. Ishhh! Mai, aku ikhlas sebenarnya. Teehee^^

Macam biasa dekat semua gambar memang tak sah lah kalau tak ada gambar aku, Diah dengan Dak Tarzan tu. Memang tak lengkap lah gambar kalau tak ada gambar kami. Okay, aku perasan lagi. Tapi mana boleh ouh time amik gambar kat rumah Apek tu, aku takde. Aku pun nak jugak! Ish, Nana! Ingat AWAK dekat Pd tu. Okay okay. ^_*

Dah lah, cerita panjang-panjang pun apa dapat. Tengok lah gambar-gambar ni sampai termuntah ea. ;p

Nota kaki : dah lama ouh tak gelak besar-besar macam tu. Terima kasih kawan-kawan kerana mengembalikan gelak bodoh tu. Heee^^


bila dah jumpa budak2 ni, perangai sebenar aku terserlah.
the meteor. hahaha
itu adalah tangan si tarzan okay. jangan tertipu
the rockstars! hahaha
tarzan...garu...meteor
sumpah, suka doe pix ni
over itu wajib!
salmah lotup-lotup
love you guys
miss

ada sesuatu yang dibincangkan. sob sob ;( tabah okay kawan
tak tak, bukan nak tunjuk gambar that guy. tetapi si tarzan itu okay (;
gambar ini seharusnya diletakkan di default pic muka buku masing2. tunaikan impian ini please. haha
kesabaran itu menguji minda
baby kunmox!! sumpah rindu perangai lama kau! muka itu selalu buat aku tak tido malam. haha
apis, we are loser. tiba2
minta restu dari ejen insuran. duit berkepok tu der
saya tahu anda sedang perhatikan saya wahai jejaka. thanks linda. hahah
yana, linda, mai, peah, kila, diah, nana, naja, lynn?, mira adik?. i heart you
till then bye ;p





OLDERNEWER