Mimosa Pudica
Kisah Berbuka Puasa ;p
August 13, 2010 21:26


Assalamualaikum.

Selamat berbuka puasa. Hari ini saya makan agak banyak sikit dari puasa pertama. Banyak sikit je lah, bukannya banyak sangat. Sebab apa? Sebab tadi bila tengok hidangan dekat meja je, saya nampak ikan sweet n sour. Tahu tak itu adalah favorite saya? Dalam hati dah terdetik dah, “aku nak ratah benda alah ni sorang2” memang lah, orang puasa kan, nafsu pun melampau2. Dak Bancik plak bila dah nampak saya macam tu, mula lah terdetik nak mengganggu kan. *saya rasa lah.

Masa berbuka je lepas baca doa, minum air terus terkam ikan itu. Ambik kau! Memang tak boleh nak berkata2 lah kan bila dah khusyuk sangat menikmati. Dak Bancik ni pula macam biasa lah, Dik, amikkan ni amik kan tu. Memang dia saja nak mengganggu konsentrasi saya. Lepas tu saja je berebut2 ikan tu, padahal dia bukan makan sangat pun benda alah tu. Mengada! Lepas tu berlakulah aksi rebut merebut semasa kecil2 dulu. Dak Bancik ni plak pergi geletek saya, memang dah tahu kelemahan saya. Saya pun apa lagi, mulakanlah langkah. KEJAARRRR! Dan berlaku lah aksi kejar mengejar sambil menjerit “Dak Bancik bongek Dak Bancik bongek” tapi jangan harap lah nak dapat kan. Si bongek tu lari macam pelesit. Ibubapa kami? Dah biasa dah dengan perangai anak2 nya. ^^

Setelah penat, kembali semula ke meja untuk menyambung apa yang tertangguh tadi. Dalam hati dendam membara2. Takpe2, kejap lagi kena lah kau Dak Bancik. *bermonolog di dalam hati. Sedang menghabiskan ikan tersebut, “weyh Bancik, jangan lah amik ekor, orang nak ekor” “yelah2, amiklah. Bancik nak pipi ikan” tergelak2 time tu, mana nak cari pipi ikan. Bengong Dak Bancik! Yang terasa sengal tu, nak minum air pun berebut. Lepas tu Dak Bancik buat lawak, okay memang benda tu kelakar gila sebenarnya. Tapi saya saja je tak gelak, motif utama nak kenakan dia balik. Ambik kau! Dia tarik2 rambut, geletek2. Okay2, saya surrender! Teehee ^^

Lepas dah siap makan semua, macam biasa lah kan, Dak Nana ni mesti lah kena kemas meja, basuh pinggan dan sewaktu dengannya. Lepas tu Dak Nana ni nampak lah Dak Bancik ni masuk toilet untuk b.o (b.o stand for buang air besar) *memang family kami panggil macam tu lah! Tak payah lah nak pelik. ^^. So, datang lah idea nakalnya itu. TUTUP LAMPU!

Hahahahah, menjerit Dak Bancik dalam toilet tu. Saya pun apa lagi, terus lari laju2 pergi ruang tamu sambil gelak berguling2. Padan muka! Dendam terbalas . Hahaha. Tapi bila dengar Dak Bancik buka pintu toilet je, cepat2 lari masuk bilik. Takut kena geletek lagi. Tapi gelak memang tak ingat lah! Riuh rumah. Teehee^_*

Okay, tu je nak cerita. Till then. Tata (:

dizaman kanak2, Dak Bancik lagi putih dan comel dari saya.


tetapi dizaman remaja, saya lagi putih dan comel dari dia *okay, saya perasan.






OLDERNEWER