Mimosa Pudica
Happy Puasa :)
August 11, 2010 00:00

Happy puasa ;p

Saya menghadiri terawih pertama. *tak payah lah nak riak. Ish, tak. Saya bukan riak, tapi saya bersyukur. Terima kasih Allah, saya sempat pergi terawih itu ;p

Bila puasa ni, mula lah teringat-ingat zaman dahulu kala. Zaman kanak2. *saya dah tua sekarang. Rindu yang teramat lah sangat pada zaman itu. Masa kecil2 dulu, (ha, dak Nana dah mula dah nak bercerita, bersedialah boring ye) teehee^_^. Hey, belog saya lah. Saya tak minta pun account email awak semua kan? *tiba-tiba sangat beremosi@_@. Okay2, continue. Masa kecil2 dulu, masa puasa lah paling seronok bagi kanak2 yang bernama Nana, Along, Noi, Anoi, Faezah, Apai, Zikri, Fikri, Ejoy,….(itu sahaja yang masih terlekat dimemori orang tua ini, selebihnya maaf jika tidak disebut nama anda) Tahu tak sebab apa? Sebab dapat keluar malam2 pergi surau untuk terawih. Alasan je terawih tu, padahal duduk dekat kedai beli keropok, gula2, main mercun, main dekat air mata air yang kononnya bila dikorek buih2 air tu, boleh jumpa harta karun. Sangat berimaginasi tinggi ye pemikiran ketika itu. Teehee^_^

Bila orang solat je, kami pun sibuk nak solat juga, tapi biasalah budak kan, cepat je datang boring tu. Maklumlah solat terawih je dah 20rakaat. Mestilah penat kan, so masing2 buat bising lah. Tunggu witir baru solat balik. Tapi kite tak berapa reti nak solat time tu, Anoi yang ajar. Sebab antara semua, kite sorang je mengaji dengan Cik Nab, yang lain semua dengan Mak Ndak. Kalau mengaji dengan Mak Ndak memang dia ajar semua tu, dengan Cik Nab memang lepas mengaji je dah boleh balik. Tu sebab kite mengaji kat situ. Teehee^_^ eyh, tapi kite 2 kali tau khatam Al-Quran. *dah2, jangan riak.

Bila nak pergi terawih je, mesti berlari2 pergi rumah Anoi sambil melayang2 kan tudung. “Anoi, macam biasa”. Anoi pun dah faham dah. Dan dia lah yang memakaikan tudung saya. Perhatian2, Anoi dan Noi adalah orang yang berbeza. Bukan juga adik beradik ye. Dan mereka lagi tua 2 tahun dari saya. Lepas dah siap, pergi ke rumah masing2 untuk berjalan bersama2 ke surau. Tapi bila sampai rumah Faezah je semua tak berani nak panggil sebab ayah dan emaknya sangat garang. Takot!

Lepas tu, masing2 bukannya puasa. Semua half day. Time tu lah tiba2 sakit perut. Tapi antara semua, Anoi yang selalu puasa penuh. Ye, dia sangat perfect lah dari segala hal. Eyh, tak lah, dia tak reti bawak basikal beroda 2 lagi time tu. Orang lain semua dah power bawa basikal beroda 2, dia masih beroda 4. Haha.

Dah lah, mahu tidur untuk sahur esok. Mimpi manis tidur ketat ;p

Pssst : doremon oh doremon, boleh tak nak pinjam poket. Saya mahu kembali ke zaman silam ;p

selamat 19tahun Iqmal (:





OLDERNEWER