Mimosa Pudica
Augustus :)
August 8, 2010 00:45

Tahukah anda semua bahawasanya saya sangat suka bulan Ogos? Setiap tahun saya pasti akan tertunggu-tunggu bulan Ogos. Kenapa? Sebab suka hati saya lah nak suka bulan apa pun. Teehee^_^

Bulan Ogos ni adalah birthday saya. Bukan saya je, Suhana, Iqmal, FAIZAL, Is, Saleha. Kenapa perlu caps lock kan nama FAIZAL itu? Sebab, suka hati saya lah nak buat apa pun, saya yang menaip. Heeee^_*.

Bulan Ogos tahun ni juga lah bulan puasa. Tahu tak saya tak sabar nak puasa dan raya. Puasa ganti? Eyh, mestilah DAH! *okay saya menipu. Errrr, sebenarnya memang niat nak ganti. Dah siap ni berniat nak puasa. Tiba-tiba sampai je kat office, “Na, jom makan. Abang masak special untuk kau hari ni” tak pun, “Na, ni saya ada belikan breakfast untuk awak, pergi lah makan” Tahu tak itu semua dugaan + godaan yang saya tak boleh nak elak! *marah kepada diri sendiri. Dah2, Mun pun sama. Heee, dah ada member. Tapi dulu saya rajin puasa ganti bersama-sama Siti Rodhiah.

Bulan ni juga saya menunggu kepulangan kamu. Tapi hari tu kamu ym saya, kamu cakap “saya nak cakap sikit ni, saya tak balik raya tahun ni lagi. Ada hal sikit. Kamu tak payah lah nak tunggu saya okay” saya dengan bajet cool nya menjawab “okay”. Lepas tu terus cakap “okay lah, nak off ni. Bye” Hanya untuk menyedapkan hati. Sekali lagi saya tak dapat jumpa kamu. Saya tahu kamu sibuk disana. Takpe lah, nak buat macammana kan. *mengharapkan kamu call saya pada pagi raya itu. HuuuuT_T *harapan.

Till then. Bye. *penggantungan ayat.

Pssst : selamat menjual air wahai Siti Rodhiah. Semoga part time itu memberi keuntungan kepada kamu. Plink plink *-*

Suhana, kita dah janji mahu celebrate bersama kan. Chu chu chu. I dah invite Abang BIBIR. Haha.

Sesiapa yang mempunyai nama berhuruf F tidak kira depan tengah mahupun belakang, sila lapor diri kepada saya. teehee ^_^ *kau ingat ada ke orang baca belog ko ni gila!







OLDERNEWER