Mimosa Pudica
1 Ramadhan (:
August 12, 2010 15:47

Dak Nana dah mula nak bercerita ni, bersiap sedia lah membaca ea. Tapi kalau rasa macam tak de mood, malas dan apa2 je lah, KIV dulu, next time boleh baca lagi. Takkan di draf kan pun. *suci murninya niat. Bulan puasa kan (:

Semalam kan dah start puasa, jadi saya pun puasa tau. Betul, tak tipu. Buat apa nak tipu bulan puasa ni kan. *bulan lain boleh lah sikit2. Teehee^_^. Bangun sahur pada pukul 5pagi, dalam keadaan yang sangat mengantuk bangun dengan terpisat-pisat, masuk toilet, keluar toilet, duduk di kerusi, makan. *sangat detail kan. Huuuu ^_*. Makan dalam keadaan laju kerana katil bantal dan selimut sedang tegar menunggu. 5.20pagi dah habis makan, masuk bilik dan krohh kroohhh krrroohhhhh krrrrrooooohhh *amboi, makin panjang dengkur. Teehee^_^. Eyh, saya tak berdengkur sebenarnya. Bulan puasa kan Na, tak baik menipu. Eerrr, okay saya menipu.

Boleh tak kalau saya cakap bulan puasa ni bulan tidur sedunia? Tidur yang tak ingat dunia. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya rasa saya begitu. Kan pukul 5.20pagi tu saya tidur kan, sedar2 je pukul 6.30pagi. Bangun solat Subuh. Eyh, kenapa gelak2? Betul lah, saya sembahyang Subuh. Tak caya sudah! *marah plak kau. Teehee^_*. Lepas solat je saya terus tidur balik. Eyh, tak kerja ke kau Na? mesti lah tak. Dekat Melaka, 1 Ramadhan memang cuti. Tau tak saya sangat jakun! Sebab saya tak pernah alami cuti pada hari pertama puasa.

Jadi, saya pun tidur dengan sangatlah lena sampai pukul 10pagi. Then, bangun kemas rumah. Hebat kan? Lepas tu, pukul 11pagi tidur balik sampai lah pukul 4petang. Perhatian, ada saya cerita tak yang saya mandi? Tak de kan? So, memang benarlah saya tak mandi. (tak payah nak suka saya ya lelaki). Bangun je pukul 4petang tu, saya terus mandi. Lepas tu pergi dapur, “ada nak tolong apa2 ke?” Tanya saya kepada emak saya, sekadar untuk berbasa basi. “tak payah lah, orang kidal buat kerja lambat, nanti lagi lambat jadinya” Eyh, saya tak terasa langsung lah malahan itulah jawapan yang ditunggu2. Heee^^.

Lepas tu saya tengok tv sampai lah waktu berbuka, tapi sebelum berbuka tu saya tolong lah sediakan makanan. Dah rutin harian kan. Bila azan je, orang lain akan makan dengan sangat banyak kan tapi saya tak. Betul. Saya tak tipu. Kan dah cakap tadi tak baik menipu bulan puasa. Saya hanya makan kuih Apollo buatan mak saya. Dan minum air. Itu sahaja. Percaya tak? Betul lah, memang bila bulan puasa je saya memang tak banyak makan. Tolong lah percaya. *merayu. Teehee^^. Eyh, jap2 tau tak kuih Apollo tu apa? Alah, kuih yang warna hijau yang gulung yang ada inti kelapa tu. Tau tak? Memang saya panggil Apollo lah. Tak payah lah nak gelak berdekah2 wahai Aisyah Norzilan!

Lepas tu saya solat Maghrib, lepas tu tengok tv lagi. “boleh tak kalau malas nak pergi tarawih” kata saya kepada emak saya dalam keadaan semanja yang mungkin. “boleh” Wah, tahu tak itu adalah jawapan yang saya rasa sangat bersyukur. Jadi saya pun meneruskan tontonan tv. Pukul 9.30malam je saya rasa sangat mengantuk lagi. Jadi saya masuk bilik dan tidur sehingga tidak menyedari text mahupun missed call yang tidak berjawab sehinggalah keesokkan harinya.

macam ni lah saya tidur. tak2, dusta semata2, lagi buruk okay (:

Itulah diari 1 Ramadhan saya. Sangat membuang masa kan. Dah2, diam je. Bye!

Pssst : ayat kau sangat mengikut tatabahasa wahai Nana. Heeee. Cikgu Mahadi baca ni mesti bangga (:





OLDERNEWER