al-fatihah untuk arwah Khairul Naim Ex-Stad
July 1, 2010 15:02
Impian pemuda menjadi polis tidak kesampaianSEREMBAN 30 Jun - Seorang pemuda, Khairul Na'im Nor Yusof, 21, amat teruja apabila dia diterima untuk menyertai pasukan polis dan dijadual melaporkan diri pada Ogos depan. Malahan, Khairul Na'im sudah pun menjalani pemeriksaan kesihatan di sini baru-baru ini dan semuanya lulus. Namun hari ini segalanya berubah apabila dia maut setelah motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta berhampiran stesen minyak Petronas, Ampangan, dekat sini hari ini. Lebih memilukan, Khairul Na'im baru sahaja mengisi minyak motosikalnya di stesen berkenaan untuk ke tempat kerjanya di sebuah syarikat swasta di Seremban 2, dekat sini. Kejadian berlaku pada pukul 11.50 pagi apabila sebuah kereta Perodua MyVi dari arah Ampangan ke Paroi, tiba-tiba terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa. Ketika kejadian, mangsa dari arah Ampangan menuju ke bandar Seremban. Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak beberapa meter. Kereta Perodua MyVi berkenaan pula merempuh sebuah kenderaan Proton Persona yang diletakkan di tepi jalan tersebut. Jurucakap polis memberitahu, kereta Perodua MyVi yang dinaiki dua orang itu dipercayai dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan. "Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan patah kaki," katanya. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mangsa. Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu laporan polis yang dibuat oleh pemandu kereta terbabit. "Pihak polis juga masih melakukan siasatan sama ada wujudnya unsur kecuaian ketika memandu sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku," ujarnya. Difahamkan kedua-dua penumpang kenderaan Perodua MyVi itu tidak mengalami kecederaan, manakala tiada penumpang dalam kenderaan Proton Persona ketika kejadian itu berlaku. "Orang ramai yang melihat kejadian itu, diminta memberikan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan," ujar Abdul Halil. Sementara itu di HTJ, abang mangsa, Khairul Aiman Nor Yusof, 23, berkata, adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan melainkan sering dalam keadaan ceria sejak dua hari lalu. "Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah adalah malam tadi. Arwah begitu gembira mengetahui dirinya diterima memasuki pasukan polis," katanya reda dengan ketentuan Ilahi itu. p/s : kamu (arwah Naim) adalah match maker yang tak ada taste T_T *kenangan form 3 |