Mimosa Pudica
Diary ku C Pathetic siri 5 ;p
June 26, 2010 07:17
Kring kring kring. Argh, bosan betul hari-hari ada bunyi ni. Mengeliat, bangun sambil mata terpejam, ambil towel, susun teddy(sambil menutup mata, dah tahu position), buka pintu. Duduk termenung dalam bilik air. Kira-kira lima minit baru memulakan langkah bila fikirkan balik hari ini hari JUMAAT. Yeay, hari yang ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan DSK2/S1. Esok dah boleh tidur puas-puas tanpa mengalarmkan jam. *ayat kau, tah pape lah!

Sampai di tempat kerja sambil terketar-ketar. Dijemput untuk breakfast oleh abang-abang ni di pantry. Abang Faizal bawa nasi goreng dan rambutan lagi. “eyh Nurul, jom makan” kata Ketua Bahagian Takmir kepada saya.*memang seronok banyak-banyak nama ni. LOL;p Rezeki jangan ditolak Na, makan je, abaikan pasal nama tu. Teehee^_^. Okay, sambung kerja. Masukkan surat dalam sampul, lekatkan setem, tulis alamat satu-satu. Yeay, lepas ni nak tukar course postman. Sound interesting. ROFL ;p

Boss tanya saya “maksud BULAN dalam bahasa ARAB apa Na?” jawapan yang pastinya anda juga dapat menjawab adalah, semestinya GELENGAN. Tahu tak macammana? Alaa, yang kepala kekiri dan kekanan banyak kali tu. Dalam erti kata lain, “manalah saya tahu”

Hari ini lunch lama sikit 12.15-2.45. Jadi dah tak tahu nak buat apa, aku lunch dengan Mun. Rasa macam excited gila nak jumpa dia. Padahal tempat yang sama. Mun pula text “Na, aku rasa macam tak sabar gila nak jumpa kau, macam dah lama tak jumpa” teehee^_^ samalah dengan saya wahai Murni. Jumpa di pak guard, melompat-lompat, menjerit-jerit macam dah bertahun tak jumpa, hilang dah kesopanan dan kesusilaan. Teehee^_*. Arah tuju kami…. KELUARGAKU! Hahha, nama memang lah tak commercial, tapi try lah masuk. Gilek ah! Rambang mata siot. First time tau kitorang masuk situ setelah sekian lama duduk di Melaka, Mun lagi lah, sejak lahir. Aku boleh dikatakan pelancong lagi. Heeee T_T

On the way nak pergi KELUARGAKU tu, tiba-tiba ada satu nombor public ni call tau, aku pun angkat lah kan, rupa-rupanya si SUHANA. Hahha, kesian lak ai dengan dia, macam tak ada arah tujuan. Pergi lah main pool sorang-sorang. Hahaha.

Lepas lunch, kembali kepejabat dan selesaikan report untuk minggu ni. Yelah, hari ini hari last Nana di bahagian pengurusan masjid. Jadi kenalah, siapkan report untuk disemak oleh Ustaz Azli. Tapi ustaz buli saya, dia suruh datang hari Isnin.(buli ke tu?) *Nana pun buatlah muka seposen minta simpati. Dah biasa kan. Teehee^_*. Abang Din kata “ustaz tak nak lepaskan Nana tu” tapi jangan risau, kan saya dah kata boss saya baik, jadi dia dah tandatangan semua report saya. siap puji lagi. Ya, mestilah kembang semangkuk. Heee ^_^

Punch card sambil mengucapkan selamat tinggal kepada semua dan pulang dengan senyuman yang tak dapat digambarkan kegembiraan yang terpancar di sanubari. *sangat hiperbola kan ayat aku.

Berakhir lah sudah Diariku C Pathetic 5 siri. Seronok juga syok sendiri ni kan. Haha.

*bahasa Melaka aku makin pekat. Teehee^_*






OLDERNEWER