Mimosa Pudica
Diary ku C Pathetic siri 4 ;p
June 24, 2010 21:06

Hari seterusnya. First time Nana datang awal. Semua staff terkejut. Hello, teruk sangat ke saya sampai nak terkejut! Sampai je terus gedebak dia bagi kerja. Ambik kau! Tak sempat aku nak bernafas sikit. Bagi lah aku peluang nak beramah mesra dengan staff bersongkok itu dahulu. Teeheee ^_*

Boss panggil saya. Upps, bukan suruh buat air okay. Suruh saya draft surat. Hah, tercengang kau! Lepas tu dia suruh call syarikat NSTP. Hah, tergagap-gagap kau cakap omputih. Heeeee^_^. Lepas tu dia tanya aku macammana nak buat surat banyak-banyak dalam satu masa. Aku pun apa lagi, dengan pengetahuan sedia ada, “mail merge lah ustaz” “ha, mail merge, okay awak buat 70 surat menggunakan mail merge. Ambil thumb drive saya ni, ada alamat semua yang awak kena hantar nanti.” ???@#$%^&*(), apa benda aku nak buat ni. time kelas En. Siri ko main-main, siap surf internet lagi. PADANLAH MUKA! Aku bermonolog di dalam hati.

Time tu baru lah terhegeh-hegeh text suhana dan murni. Hahaha. Tapi boss saya baik, dia banyak membantu saya. terima kasih wahai incik boss :). Bila dah pukul 4.30 p.m tu dah settle dah semua kerja. So duduk je lah borak-borak dengan abang-abang ni. Terbuka lah cerita yang minggu ni last aku kat department tu. Boss aku lah paling kecewa sekali *perasan betul kau ni Nana! Dia boleh cakap lagi, “saya baru nak lantik awak jadi PA saya.” hahha, relax lah incik boss, saya praktikal baru. Teehee. ^_^

Dah lah, mak aku dah menjerit-jerit suruh turun makan. Nanti lah sambung balik ea. Bye semua ^_^






OLDERNEWER