Mimosa Pudica
Diary ku C Pathetic siri 3 ;p
June 24, 2010 20:27
Hari ketiga praktikal. Macam biasa Nana datang lambat lagi. Tak boleh ubah lah habit tu. Dah tersemat dalam hati. Teehee^_*. Hari ini merupakan hari selekeh Nana ye. Tak tahu lah kenapa. Memang selebet gila penampilan aku. Kalau Aisyah tahu lah ni. Mesti dia marah. Heeee maaf Aisyah ^_^.

Hari ni aku tak banyak buat kerja. Sampai-sampai je, terus Hj. Shahrin belanja breakfast. Dah hujan-hujan macam tu memang lapar lah kan. Apa lagi makan lah, sampai kenyang. Bukan senang orang nak belanja ni. Sekali lagi saya sebut HAJI okay. Betapa mulianya kehidupan saya sekarang. Teehee^_^.

Kerja pula, tak banyak sangat lah nak kena buat. Sikit-sikit je, tapi kena daftar surat keluar masuk. Ala, yang kena guna pen merah pen biru tu. Hah kau, time ni lah baru terkial-kial teringat balik macammana time belajar OM dulu. Tu lah, Puan tengah mengajar, ko sibuk tidur, berborak dengan SUHANA. Okay saya tahu salah saya. T_T

Fail yang kena daftar tu tak ingat pula kan banyak dia. Memang dah setahun aku rasa dia tak audit benda tu. Memang sakit otak lah kan. Dah lah Nana dah jadi sangat pendiam apabila berhadapan dengan insan-insan baru tu. Heeeee. Takut lah nak tunjukkan perangai sebenar. Malu *geli tak?

Lunch hour, tak turun lunch pun sebab kenyang lagi breakfast makan banyak. So, berfacebook lah kan. Seperti biasa mesti lah bergaduh dengan geng 924 tu. Dah biasa dah kena bahan. Dalam hati, rugi aku online time macam ni. Teeheee ^_*. *saya hanya bergurau, sila jangan mengambil hati. Selepas itu USTAZ Hafiz masuk, “Nana tak turun makan?” “tak, kenyang lagi” “ apa yang awak makan sampai kenyang sangat?” “heeeee” *sambil menunjukkan senyuman seikhlas mungkin. Kenapa saya caps lock kan perkataan USTAZ itu? Kerana ustaz okay. Jangan main-main dengan Nana sekarang. Teehee^_^ plus ustaz itu sangat handsome dan masih bachelor okay! Nana dah start flirting. T_T LMAO;p

Dah nak balik tu, boss saya baru masuk ke office. Memang dia handsome clumsy lah. Hahah. Tergelak aku tengok dia. Pastu boleh lagi cakap “eyh, Dila. Muka awak dah ada jerawat lah” *bila masa nama aku boleh bertukar jadi Dila. Weird! Dan Abang Akop menjawab “ ustaz, Nana lah nama dia. Wah ustaz, perhatikan setiap darjah ye” maka boss pun menjawab “Eyh, Nana ea. Heeee *senyum kambing. Yelah, saya perhatikan je dia punya penampilan.” Persoalannya di sini, PERLU APAKAH?

Yang penting kerja untuk hari ini BOSAN! Saya suka lagi pergi kelas. Maka, itu lah kesimpulan yang dapat diungkapkan daripada saya kepada kamu semua. Selamat membaca!

*hahha, Nana memang syok sendiri. Kau ingat ada ke orang nak baca blog kau ni gila!






OLDERNEWER