Mimosa Pudica
Diary ku C Pathetic siri 2 ;p
June 22, 2010 21:08
Hari ini aku tak nak lah post panjang-panjang. Hari yang meletihkan. Tak pernah lah aku letih macam ni sekali, futsal & tinju pun tak sepenat macam ni. Sumpah pergi kelas lagi ok dari pergi kerja. Kat kelas boleh tidur, class cancel boleh tidur kejap. Ini langsung tak boleh, tak boleh nampak aku free sikit mesti ada je kerja nak suruh aku buat. Kadang-kadang kerja tu tah pape je, tapi dia suruh buat juga kan. Nasib lah, kau kan budak praktikal. Annoying gila!

Pagi-pagi lagi bila bangun tidur aku dah merungut, “lambatnya nak hari jumaat”. Dah lah hujan, orang lain lena tidur aku kena mandi, trrr trrr trrr *terketar-ketar. Pastu terrific pula jammed gila. And finally saya sampai lambat. Baru second day dah lambat! Sampai je ingatkan boleh lah rehatkan buntot kejap, rupa-rupanya dah kena bungkus hadiah untuk pelawat. Berkorban lah Nana. Cubalah ikhlas sikit buat kerja tu.

Aku berniat nak puasa ganti hari ini, tiba-tiba ada pakcik tu pula bawa bekalan. Aku tak terluak pun nak makan kan, tapi dah semua orang pelawa, aku tak boleh kata apa lah. Kang diorang cakap aku ni sombong pula kan. So, terbuka lah puasa untuk hari ini. Teehee^_^

Lepas tu banyak sangat lah kerja aku kena buat. Memang lah buku laporan akan penuh dengan tugasan yang diberi, tapi penat dia memang tak ingat lah kan. Study time nak final pun tak stress macam ni sekali. Sumpah aku tak tipu!

Lepas tu kena pula jadi penyambut tetamu untuk pelawat-pelawat tu. Hmmm, layan je lah. Sekurang-kurangnya dapat tangkap gambar. Teehee^_^. Okay sekali lagi nak cakap ustaz-ustaz pun gatal k! geli kot. Tapi suara semua bila menyanyi ke mengaji ke masyallah, memang boleh tidur lena aku. Sumpah sedap gila suara.

Bos aku pun gatal okay! Hahaha. Actually banyak perkara nak cerita tapi aku penat lah. Nanti-nanti lah. Lagipun bukannya ada orang nak baca blog aku ni. Syok sendiri je. Biarlah. Aku suka, bukan aku kacau orang pun. T_T

Gtg bye!

*aku akan ditukarkan di department lain. Seronok+sedih+kesian+serba salah T_T



ha, aku ada barang-barang JAIM (JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA) korang ada ke? ^_*





OLDERNEWER