Mimosa Pudica
Diary ku C Pathetic siri 1 ;p
June 21, 2010 22:11

6.30 a.m : kring kring kring , alarm pun berbunyi *tah macammana tah bunyi alarm. Okay, as usual Saya malas nak bangun. “kenapa rasa kejap je dah pagi ni” , biasa lah tu omelan di dalam hati.

6. 35 a.m : kabush kabush kabush, bunyi mandi dalam keadaan tergesa-gesa. *sejuk siot. Tu lah, tak biasa mandi pagi-pagi macam tu. Terketar-ketar kau. ^_^

6. 45 a.m : solat subuh. Okay Saya tahu you all nak cakap saya kerbau sebab mandi laju gila. P L M! Angkat takbir, Allahuakbar. Bismillahirahmanirahim *sila baca dalam keadaan gigi berlaga-laga okay kerana ketaran tadi tak habis lagi. T_T

7. 00 a.m : alamak, dah lambat ni, cepat siap. Okay macam biasa, Saya memang selalu last minutes. Siap macam perempuan. ^_^

7. 30 a.m : Kak Cik cepat, dah lambat ni. Nanti kereta banyak! Pergi panaskan enjin kereta dulu.

7. 31 a.m : boleh pulak minah sorang ni singgah beli nasi lemak dulu.

7. 35 a.m : okay seperti yang dijangka. Traffic jammed! “banyaknya kereta kan, sesak gila” Saya berkata. Lantas dijawab oleh Kak Cik, “ Melaka dah macam KL dah” rrrrrr!

8.00 a.m : Mun text. “ Nana cepatlah, aku dah kat dalam ni” “ok2 aku dah sampai ni.” Jumpa Abg Zaid, so jalan sama lah, tak tahu mana arah tuju. ^_^

9. 00 a.m : okay dah faham dah konsep. Memang hari first kena tunggu sampai sejam baru dilayan. Dan Saya ditempatkan di bahagian………….jeng jeng jeng. Nervous tak? Haha. PENGURUSAN MASJID. Apa? Tak dengar? Okay Saya ulang sekali lagi okay. BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID! MASJID okay MASJID! *perlu ke banyak kali ulang masjid tu? Pfftttt!

Okay sampai disitu sahaja jam yang dapat direkod. Sekarang cerita tanpa jam pula okay ^_^

Saya tidak tahu macammana nak pergi ke MASJID itu. Jadi kakak tu suruh lah seorang insan yang bernama lelaki ini menghantar Saya ke MASJID. Tau tak dia ajak naik motor pergi ke masjid itu. Oh tidaklah. Tau kan Saya tak akan naik motor dengan lelaki kecuali dengan Abg Cik! Okay, kami pun jalan lah kaki pergi ke masjid itu. Jumpa Abg Zaid kat bawah, “Nana dapat department mana?” “masjid” rasanya Abg Zaid tak payah nak gelak besar-besar okay!

Memang lah ‘abang unknown’ tu hantar betul- betul sampai depan pintu, tapi perlu ke nak minta nombor telefon? Pfftttt! Saya dengan lurus highwaynya pun memberikanlah nombor kesayangan saya itu kepadanya. Pastu baru terfikir, kenapa ea aku bagi nombor aku kat dia. Aarrgghh REGRET!

Dan untuk pengetahuan anda semua, dalam office itu saya seorang sahaja perempuan! Yang lain semuanya lelaki berSONGKOK! Nak ulang lagi ke? Tak payah lah. Okay Nana control iman. ^_* . serve you right Nana, nak sangat kan bos jantan, AMBIK KAU, sumo jantan ko dapat. Mau static je duduk kat tempat duduk. Tau ko takut. Hahha LMAO ;p

Suppose first day banyak rest kan, tak ada kerja sangat tapi Saya sebaliknya. Baru nak duduk kat tempat duduk, nah kau, kerja untuk kau. Key in all this document. Hah, ternganga kau tengok document setinggi kek dua tingkat tu.* okay tak payah nak menipu. Mana ada tinggi macam tu sekali. Buat semuanya dalam excel okay. Hah, sekali lagi menganga. Alamak, dah lupa lah macammana En.Siri ajar. Tu lah kau Nana, time En.Siri mengajar kau sibuk blogwalking. Serve you right! T_T

After lunch, ada berlambak lagi kerja kena buat. Filing, record data and what so ever. Diakui sangat penat. Ustaz semuanya banyak yang berborak. Tak ada kerja kan. Yang paling tak boleh blah office saya hanya berkumandang lagu-lagu NASYID sahaja. Haha. Jangan tak percaya, nama je ustaz tau, tapi gatal subahanallah, mengucap panjang aku. Haha. Dan kuat mencarot juga. So, tak payah nak percaya sangat ustaz-ustaz disekeliling anda. Teehee ^_^

First day dah balik lambat. Nak pukul 6 baru punch card. PUNCH CARD tau. Betapa dewasanya Saya rasa. Teehee^_^. Dan Saya rasa saya sangatlah berdikari pada hari ini kerana Saya dah pandai melintas jalan seorang diri tanpa bantuan orang lain. Dewasa kan saya. haha. Okay, gtg sampai di sini sahaja episode untuk hari ini. Jumpa esok ^_^

p/s : first time saya jejakkan kaki di MASJID AL-AZIM. Sangat berbangga setelah lama duduk di Melaka. ^_^





OLDERNEWER